Artikel Pilihan

ENJIN DIESEL DENGAN KECEKAPAN TERMA 53% DIHASILKAN, DI CHINA

Sebuah firm kejuruteraan China iaitu Weichai Power telah berjaya menghasilkan sebuah enjin diesel termoden dengan keupayaan terma mencapai sehingga 53.09%. Enjin ini telah dipamerkan sempena pameran 2024 World Congress on Internal Combustion Engines di Tianjin, China.

Lebih manis lagi kejayaan ini telah diiktiraf oleh TÜV SÜD, satu badan antarabangsa yang bertindak memeriksa enjin tersebut dan enjin ini juga diiktiraf oleh China Automotive Technology & Research Center, satu lagi badan pemeriksa enjin yang berasal dari China

Apa yang menarik ini sebenarnya ialah enjin ini boleh menukar tenaga kimia kepada tenaga kinetik dengan kehilangan tenaga haba yang sangat minima, tanpa memerlukan mekanisma heat recovery. Sebagai perbandingan, angka tertinggi yang boleh dicapai oleh enjin diesel pada ketika ini hanyalah 46% sahaja.

Pertambahan angka ini adalah seiring dengan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 14% dan juga pelepasan gas karbon dioksida. Antara aspek yang diperbaiki oleh firma Weichai Power termasuklah sistem penghantaran bahan api, rongga kemasukan udara, pembakaran dan juga pengurangan geseran mekanika.

Weichai Power juga memperbaiki aspek high-expansion combustion, tekanan dalam silinder, sistem suntikan bahan api kecekapan tinggi dan juga teknologi bahan dalam mengurangkan geseran. Semasa pembangunan, Weichai Power menerima 176 inovasi paten dan 68 model paten.

Weichai Power juga turut menghasil dan membekalkan pelbagai variasi enjin diesel bagi kegunaan lori, marin, industri, gen-set, pertanian dan juga untuk kegunaan pembinaan. Weichai Power juga turut menggajikan sehingga 20,000 kakitangan dalam bidang kajian dan pembangunan enjin diesel di 5 negara.

Google ads
Back to top button