Artikel Pilihan

ENJIN FERRARI FXX INI BOLEH DIBELI BARU, SEGAR DARI KILANG

Ferrrai FXX merupakan antara program permotoran paling eksklusif yang pernah dibuat oleh Ferrari, ia hanya boleh dibeli oleh pemilik paling setia Ferrari dan hanya sah untuk digunakan atas litar sahaja. Katakan anda ingin memandu FXX di mana-mana litar, pasukan Ferrari akan menghantar jentera ini ke litar bersama pasukan mereka.

Ya hanya 30 unit sahaja FXX dihasilkan dan anda tak boleh membawa pulang jentera FXX ini untuk diparkir di laman rumah anda. Tapi Ferrari telah membuka peluang untuk anda membawa pulang enjin Tipo F140 DA V12 ini yang masih baru di dalam kotak bagi kegunaan anda melalui satu acara lelongan di Sotheby

Menurut rekod lelongan, unit yang dijual merupakan unit lengkap enjin Ferrrari FXX pertama kali dijual kepada umum secara terbuka. Ia akan diletakkan dalam kotak kayu berukuran 100cm x 122cm x 107cm dengan berat sekitar 262kg

Ia merupakan peluang keemasan buat pemilik Ferrari FXX untuk membawa pulang enjin ini bagi kegunaan litar, projek kereta lain ataupun dipamerkan sebagai hasil seni di rumah. Enjin dengan varian DA merupakan enjin yang telah dimodifikasi oleh pasukan lumba Ferrrari bagi kegunaan litar lumba

Enjin V12 dengan sesaran 6300cc ini menjana 789 kuasa kuda pada 8500 RPM dan juga 686Nm tork. Pembeli akan membawa pulang set lengkap enjin ini termasuk rongga kemasukan, kotak angin, ECU, pendawaian dan pelbagai aksesori yang boleh digunakan bagi mebghidupkan enjin ini.

Jika anda berminatm anda boleh membida enjin Ferrari FXX ini di RM Sotheby pada 29 Mac 2023 dengan harga permulaan dibuka antara RM 1.08 juta sehingga RM 1.9 juta bagi setiap set.

Google ads
Back to top button