Buletin

CEO AUDI SAHKAN A4 GENERASI AKAN DATANG DIJUAL SEBAGAI A5. NOMBOR GENAP UNTUK EV SAHAJA

Selepas timbul khabar angin Audi akan mengemas kini tatanama model, Ketua Pegawai Eksekutif Audi, Markus Duesmann baru-baru ini mengesahkan bahawa A4 generasi akan datang bakal dijual sebagai A5, manakala A6 ditukar menjadi A7.

Menurutnya, perubahan itu membolehkan nombor ganjil digunakan untuk kereta enjin pembakaran dalaman, sementara nombor genap khusus buat model EV.

Turut dinyatakan ialah A4 bakal kembali sebagai kereta elektrik, berada di bawah model A6 pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan mengenai A5 atau A7. Ramai yang ‘mengharapkan prestasi lebih tinggi’ dan menjangkakan varian S serta RS pada tahun-tahun mendatang bakal ditawarkan.

Bercakap tentang model e-tron, Duesmann menjelaskan model berkenaan tidak akan digugurkan.

Pengganti A4 dijadual muncul pada akhir tahun ini dan A6 bakal menerima facelift tidak lama lagi. Jadi, ia boleh dinamakan semula sebagai A7 seawal tahun 2024 atau 2025 melainkan Audi sedang menunggu kereta generasi seterusnya.

“Tidak kurang 20 kereta baharu akan dilancarkan dalam tempoh dua tahun dari sekarang dengan lebih separuh daripadanya adalah elektrik,” jelas Deusmann.

Google ads
Back to top button