Artikel Pilihan

ENJIN SMARTSTREAM 2.2 TURBODIESEL, 199HP & 400NM TORK

Enjin SmartStraem 2200cc 4 silinder turbodiesel dengan kod D4HE merupakan enjin baru dihasilkan oleh kumpulan Hyundai-Kia semenjak tahun 2020. Jika dibandingkan dengan enjin 2200 turbodiesel yang lama, blok enjin dan kepala baru ini dibina dengan menggunakan aluminium menjadikan enjin ini 19.5kg lebih ringan berbanding dengan enjin lama

Nisbah mampatan pula ditetapkan pada 16:1 dan sistem suntikan diesel pula dinaikkan kepada 2200 bar (model lama 2000 bar) bagi meningkatkan kecekapan enjin. Atas sebab bagi menjaga ketahanan enjin, jurutera menukar sistem pacuan timing belt kepada timing chain. Malah Kia mendakwa jangka hayat enjin ini boleh bertahan sehingga 350,000km.

Dengan menggunakan diesel B7 (mengandungi 7% minyak sawit), enjin ini berupaya menjana sehingga 199 kuasa kuda pada 3800 RPM dan 440Nm tork antara 1750 ke 2750 RPM. Namun pada masa yang sama enjin ini masih lagi melepasi piawaian pelepasan asap Euro 6.

Bagi versi pacuan roda depan atau pacuan semua roda, enjin ini diberikan kod D4HE yang digunakan oleh Kia Sorento, Kia Carnival, Hyundai Staria dan Hyundai Santa Fe. Bagi enjin yang dikhususkan untuk pacuan roda belakang, ia dikenali dengan kod D4HF yang digunakan oleh model Genesis G80 dan juga Genesis GV70

Varian pacuan roda belakang ini menjana kuasa yang lebih banyak pada 207 kuasa kuda pada 3800 RPM dan 441Nm tork pada 1750 ke 2750 RPM. Enjin turbodiesel ini juga menggunakan transmisi 8 kelajuan klac berkembar berbanding 6 kelajuan automatik yang digunakan oleh varian petrol.

Berbanding dengan transmisi 7 kelajuan klac berkembar model lama, transmisi 8 kelajuan ini mampu menahan lebih banyak kuasa sehingga 58% lebih baik dengan meningkatkan kapasiti penyejukan sistem klac yang menggunakan motor elektrik kawalan elektronik bagi membantu operasi agihan minyak pelincir gear

Apa yang menarik ialah pam elektrik ini akan beroperasi mengikut keperluan enjin bagi meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 3% berbanding dengan transmisi 8 kelajuan automatik yang biasa. 4 gear di depan direka dengan ciri pecutan (ratio lebih dari 1) manakala 4 lagi gear seterusnya dibuat dengan ciri overdrive (kurang dari 1)

Malah jika dibandingkan dengan transmisi 6 kelajuan yang dibangunkan oleh Hyundai-Kia, transmisi 8 kelajuan klac berkembar ini menawarkan 9% kuasa pecutan yang lebih baik. Dalam sesi pandu uji, penulis berupaya mencatatkan bacaan sehingga 13km per liter dengan setangki diesel membolehkan Kia Sorento 2.2 Turbodiesel dipandu sejauh 1000km

Google ads
"
"
Back to top button