
BEKAS DESIGNER VOLVO, PETER HORBURY MENINGGAL DUNIA
Peter Horbury iaitu salah seorang jurureka yang menghasilkan Geely Boyue yang menjadi asas kepada rekaan Proton X70 telah meninggal dunia pada 29 Jun 2023. Peter berusia 72 tahun telah meninggal ketika lawatan kerja ke ibu pejabat Geely di China minggu lepas.
Ketika masih hidup, Peter memegang jawatan sebafai Timbalan Presiden di Group Lotus iaitu salah sebuah entiti yang wujud dan dimiliki oleh Geely. Sebelum daripada itu, Peter menjawat jawatan sebagai Head of Designer bagi kumpulan Geely
Peter memiliki pengalaman yang sangat luas dalam menghasilkan rekaan kenderaan, bermula di Chrysler selepas menghabiskan pengajiannya di Royal College Art pada tahun 1974. Namun rekaan yang paling diingati oleh dunia ialah ketika bertugas Chief of Designer bagi Volvo bermula dari tahun 1991 sehingga tahun 2002
Malah pengaruh rekaan yang dihasilkan oleh Peter masih lagi digunakan pada rekaan Volvo pada hari ini. Peter meneruskan kerjayanya di Ford Amerikan, kembali semula ke Volvo dan akhir sekali ke Geely dan juga Lotus.
Apabila memulakan tugasan mengetuai Volvo pada tahun 1991, salah satu usaha yang dibuat oleh Peter ialah memulihkan semula jenama Volvo sebagai sebuha kenderaan yang premium dengan menghasilkan Volvo ECC Concept 1992. Model ini kemudian menjadi asas kepada rekaan Volvo S80 dengan pengenalan Stepped Waistline
Peter pernah menghadiri pelancaran Proton X70 pada tahun 2018 di Kuala Lumpur bagi menerangkan konsep rekaan dalam membangunkan Proton X70 bagi pasaran Malaysia. Anda boleh tonton video Peter di bawah