Artikel Pilihan

ENZO FERRARI, BOSS FERRARI YANG PALING KONTROVERSI

Nama Enzo Ferrari adalah satu nama yang sangat biasa disebut dan penah diangkat menjadi ikon automotif satu ketika dulu. Memulakan karier sebagai pelumba, veteran askar, mekanik dan juga memiliki pasukan lumba kereta yang lama bertahan dalam sejarah perlumbaan sukan bermotor serta syarikat pengeluaran kereta sport yang menjadi idaman ramai

Kami bawakan beberapa fakta pantas berkenaan dengan Enzo Ferrari untuk anda baca

1. Enzo dilahirkan di Modena, Itali anak kepada Alfredo Ferrari dan Adalgisa Bisbini. Enzo merupakan anak kedua kepada pasangan ini dan memiliki seorang abang yang bernama Alfredo Junior. Pada umur 10 tahun dia melihat Felice Nazzaro memenangi perlumbaan di litar Bologna yang menjadi inspirasi kepada Enzo untuk berlumba

2. Ketika perang dunia pertama meletus, ayah, abang dan Enzo dikerahkan sebagai askar dan nasib mereka baik kerana terselamat dari perang. Enzo berkhidmat dalam bahagian rejimen artileri. Tapi ironinya abang dan ayahnya mati akibat pandemic flu 1918 tapi Enzo bernasib baik kerana terselamat dan dihentikan tugas sebagai askar.

3. Akibat dari perang dan pandemik, perniagaan keluarga mereka musnah dan Enzo memulakan kerja sebagai pemandu ujian kepada syarikat CMN. Ketika ini Enzo dinaikkan pangkat kepada pelumba pada tahun 1919 dan pencapaian terbaiknya ialah di nombor 4 Barceto Hillclimb Race

4. Enzo berkahwin secara rasmi dengan Laura Garello pada tahun 1923 sehinggalah isterinya mati pada tahun 1978. Hasil perkahwinan ini Enzo dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Alfredino. Tapi pada masa yang sama Enzo bercinta diam diam dengan Lina Lardi pada tahun 1930an dan mendapat seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Pierro

Alfredino

Undang undang Itali ketika itu melarang kes penceraian jadi Enzo tidak dapat bercerai dan berkahwin lain. Pierro kekal menggunakan nama Pierro Lardi disebabkan dia tidak diiktiraf sebagai ahli keluarga Enzo. Pierro menukar nama kepada Pierro Ferrari pada tahun 1990

5. Anak lelaki yang pertama, Alfredino lahir pada tahun 1932, dilatih untuk mewarisi syarikat Ferrari. Tapi malangnya Dino mati akibat muscular dystrophy iaitu penyakit bawaan genetik pada umur 24 tahun pada tahun 1956. Ketika akhir hayat, Dino terpaksa bergantung pada kerusi roda.

Ketika dirawat di hospital Dino mencadangkan agar Ferrari membangunkan enjin 1500cc V6 bagi kegunaan perlumbaan Formula 2. Idea ini direalisasikan pada tahun 1957 melalui pertolongan jurutera Vittorio Janno.

Pierro Ferrari

6. Logo kuda hitam dengan 2 kaki depan melonjak ke atas (prancing horse) merupakan logo yang paling sinonim dengan Ferarri mula digunakan pada tahun 1932. Asalnya logo ini merupakan logo peribadi yang digunakan oleh Francesco Baracca juruterbang terhandal pada perang dunia pertama

Barraca merupakan hero kebangsaan Itali dengan 34 kapal terbang musuh yang berjaya ditembak jatuh. Selepas kematian Baracca pada 1918, Countess Paolina iaitu ibu kepada Barraca memberikan logo ini kepada Enzo. Warna asal logo ialah putih dan kemudian ditukar menjadi kuning.

7. Gilles Villeneuve merupakan salah seorang pemandu F1 bagi pasukan Scuderia Ferrari. Gilles mati dalam satu kemalangan ketika sesi latihan di Belgian Grand Prix 1982 akibat kecederaan yang dialami ketika kemalangan pada halaju 225km/j. Kematian Gilles menyebabkan Enzo menjadi trauma, menyimpan gambar Gilles di rumah dan pejabat serta takut untuk rapat dengan pemandu pasukan Scuderia Ferrari

8. Walaupun popular, Enzo sebenarnya tidak suka ditemuramah dan jarang sekali meninggalkan rumahnya di Modena. Antara perangai pelik Enzo ialah dia tidak suka menaiki kapal terbang dan tidak suka menggunakan lif disebabkan masalah klautrophobia (takut tempat sempit). Disebabkan perlu menaiki kereta ke tempat jauh, Ferrari menghasilkan model kereta sport GT (gran turismo)

9. Model Ferrari F40 sebuah supercar dengan enjin MR pacuan belakang merupakan model terakhir yang diluluskan oleh Enzo. Model ini dihasilkan sempena sambutan 40 tahun Ferrari dan menggantikan model 288 GTO. Hanya 400 unit sahaja dikeluarkan dengan harga 400,000 ribu USD dan harga sekarang mencecah 2 juta USD.

10. Enzo mati pada 14 Ogos 1988 beberapa hari selepas model F40 dilancarkan secara rasmi pada umur 90 tahun. Sebab kematian tidak diketahui namun beberapa tahun sebelum kematian Enzo menderita akibat kegagalan buah pinggang

2 minggu selepas kematian Enzo, GP Itali 1988 telah berlangsung dengan kemenangan memihak kepada Scuderia Ferrari pada kedudukan 1-2. Ia merupakan satu-satunya perlumbaan yang dimenangi oleh Ferrari pada musim 1988 dan 11 perlumbaan lain dimenangi oleh McLaren.

Google ads
Back to top button