Buletin

TRAK ELEKTRIK THUNDERTRUCK SERBA GANAS. BOLEH KUSTOM JADI 6X6

Kalau anda fikir Tesla Cybertruck sudah cukup ganas, kena usha jentera terbaharu Thundertruck dulu.

Produk terbaharu cetusan idea perundingan kreatif bahagian IP Wolfgang lebih memukau.

Tatkala dunia melanda pandemik Covid-19, Wolfgang mengambil keputusan untuk mereka trak kenderaan elektrik (EV) masa hadapan.

Syarikat terbabit menubuhkan pasukan sarat dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang automotif untuk ‘melahirkan’ jentera baharu terbabit.

Thundertruck dilengkapi motor elektrik berkembar yang mampu menjana kuasa 940 hp dan merentasi jarak sehingga 901 km.

Secara dasar, ia merupakan jentera 4×4 tetapi boleh diubah menjadi 6×6 yang lebih ganas dan berkuasa.

Pasukan menamakan ia sebagai TT Range Extender yang merupakan modul plug-in dengan penambahan bateri 120-kWh untuk menampung pek tambahan 180-kWh.

Modul berkenaan didatangkan dengan dua roda tambahan, lebih kuasa dan tork malah mampu meningkatkan jarak perjalanan.

Thundertruck boleh dipadankan pelbagai aksesori seperti sistem rak bumbung HD dengan pod penyimpanan, khemah dan panel solar gergasi membolehkan trak mengecas.

Ruang kabin pula, ia menampilkan rekaan futuristik dilengkapi skrin tunggal, HUD dan konsol tengah holografik.

Malangnya, ia masih dalam peringkat render dan model sebenar akan berubah mengikut pada proses pembangunan jentera berkenaan. – carbuzz

Google ads
Back to top button