Buletin

HUGH JACKMAN BAWA WATAK SEBAGAI ENZO FERRARI

Hugh Jackman ialah pelakon kelas A yang tidak perlu diperkanalkan lagi. Pelakon yang berasal dari Australia itu sering tampil dalam banyak filem blockbuster.

Karya terbarunya, Logan kini sedang hangat ditayang di pawagam seluruh dunia. Menurut laman hiburan Deadline, Jackman dikatakan telah menerima tawaran untuk melakonkan watak figura terkenal dunia pemotoran, Enzo Ferrari.

Filem bioepik itu akan diarahkan oleh pengarah terkenal Hollywood, Micheal Mann. Lebih menarik lagi, Jackman merupakan pelakon kedua yang pernah memegang watak adiwira yang diminta untuk menjadi Enzo.

Sebelum ini, Mann dilaporkan telah mempelawa Christian Bale (Batman) untuk watak tersebut. Namun Bale terpaksa menolak kerana beliau rasa tidak dapat menaikkan berat badan sebelum penggambaran dimulakan.

Dalam filem itu, aktres Noomi Rapace akan memegang watak isteri Ferrari, Linda. Hubungan mereka yang sentiasa panas seperti enjin Ferrari itu membentuk sebahagian besar dalam skrip tulisan Mann.

Jackman bukanlah satu-satunya pelakon yang dalam membawa watak Ferrari. Satu lagi filem bioepik mengenai bekas pelumba dan pembina kereta sports itu turut dihasilkan oleh penerbit lain. Filem itu akan menampilkan Robert De Niro sebagai teraju utamanya.

Jangan bimbang, subjek setiap filem itu berbeza. Filem Jackman fokus kepada zaman awal kerjaya Farrari iaitu sekitar tahun 1957. Sementara filem De Niro pula melihat kehidupan Ferrari dalam skop lebih luas bermula tahun 1940 hinggalah kematiannya pada tahun 1980-an.

BACA: LELAKI INI SAMAN FERRARI KERANA DAKWA TIPU ODOMETER

BACA: 812 SUPERFAST – MODEL FERRARI PALING LAJU DAN BERKUASA SETAKAT INI

Tags
Google ads
Back to top button