Buletin

ERC 2024 – ANDREA MABELLINI MENANG DI POLAND. HAYDEN PADDON JUARA ERC DUA KALI BERTURUT – TURUT!

Pemandu rali dari Itali Andrea Mabellini berjaya memenangi perlumbaan terakhir dalam kalendar FIA European Rally Championship (ERC) musim ini di Rali Silesia Poland dalam keadaan yang penuh mendebarkan. Untuk rekod, ini adalah kemenangan pertama buat Andrea Mabellini yang berpasangan bersama Virginia Lenzi dengan memandu jentera Skoda Fabia Rally2 Evo.

Paling penting, penyandang mahkota ERC musim lalu Hayden Paddon berjaya menamatkan misi memburu kejuaraan buat kali kedua berturut – turut dengan jayanya walau pun hanya menamatkan perlumbaan di podium ketiga.

Hayden Paddon yang mewakili pasukan BRC Racing Team turut merangkul kejuaraan ERC bagi kategori Pasukan manakala Michelin turut merangkul kejuaraan untuk kategori Pembekal Tayar yang julung kali diadakan musim ini.

Andrea Mabellini yang memandu untuk Team MRF Tyres, Mabellini mengekori Hayden Paddon sebanyak 6.8 saat tamat hari pertama perlumbaan tetapi berjaya menamatkan perlumbaan dengan kelebihan dalam tempoh 5.3 saat berbanding pesaingnya yang memandu Hyundai i20 N Rally2 pada tamat peringkat pembukaan hari Ahad.

Namun saingan hari Ahad cukup mendebarkan dengan keduanya bersaing rapat dalam cuaca yang basah akibat hujan. Andrea Mabellini berjaya mendahului ketika itu dengan hanya kelebihan 1.6 saat sementelah Hayden Paddon berjaya mendahului perlumbaan pada SS10 dengan kelebihan  6.1 saat.

Ternyata pemilihan tayar bersilang diantara Soft Compound dan juga Wet Tyres oleh pemandu Itali ini berjaya membuahkan hasil untuk membolehkan beliau menjadi pemenang kelapan yang berbeza sepanjang kempen ERC musim 2024 ini.

Bagi Andrea Mabellini sendiri, ini merupakan suatu lonjakan prestasi dalam kerjaya pemandu rali yang cukup signifikan. Bermula dengan model rali Rally5, Rally4 dan terus memandu jentera Rally2 bermula tahun lepas. Kini beliau telah berjaya meraih podium pertama.

Sementara itu pemandu dari Motorsport Ireland Rally Academy, Jon Armstrong yang memandu jentera Ford Fiesta Rally2 berjaya menduduki podium kedua untuk perlumbaan penutup ini. 

Kedudukan Akhir Pungutan Mata ERC

  1. Hayden Paddon – 145 mata
  2. Matthieu Franceschi – 124 mata
  3. Miko Marczyk – 109 mata

BACA : ERC 2024 – HAYDEN PADDON AKAN BERAKSI UNTUK MEMBURU KEJUARAAN ERC DI POLAND

BACA : ERC 2024 – ANDREA CRUGNOLA MENANG DI BUMI SENDIRI RALLY DI ROMA CAPITALE

Google ads

B K

Back to top button