
LEXUS LX700H TAMPIL RANGGI DAN MEWAH DALAM BENTUK HIBRID: 457HP, HARGA LEBIH RM446K
Selepas hampir tiga dekad berada di pasaran, Lexus LX akhirnya melalui proses elektrifikasi, dikenali sebagai LX700h, yang merupakan SUV mewah dengan sistem hibrid.
Lexus LX700h dikuasakan oleh gabungan enjin V6 3.4-liter twin-turbo dan sistem hibrid selari, yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 457hp dan 583 lb-ft tork.
Ini menjadikan LX700h jauh lebih berkuasa berbanding model Tundra i-Force Max yang menawarkan 437hp dan tork 583 lb-ft.
Lexus juga menjangka bahawa model ini mampu mencapai penggunaan bahan api sebanyak 20 batu per galon dalam kitaran gabungan EPA.

Sistem hibrid pada LX700h dilengkapi dengan motor generator dan klac yang terletak di antara enjin pembakaran dan transmisi automatik 10-kelajuan.
Berbeza dengan model Lexus hibrid sebelumnya, LX700h mendapat alternator dan starter, memastikan kenderaan masih dapat beroperasi dengan enjin petrol sekiranya berlaku kegagalan sistem hibrid.
Kemampuan Off-Road yang Mantap
Lexus memastikan LX700h tetap mengekalkan kemampuan luar jalanannya dengan melindungi bateri hibrid menggunakan struktur kalis air.
Bateri ini terletak di bahagian bawah lantai belakang, lengkap dengan dulang kalis air yang dibahagikan kepada dua bahagian. Walaupun dengan penambahan komponen elektrik, LX700h masih mampu meredah air setinggi 27.5-inci.

Model Overtrail, trim paling ranggi, tampil untuk bersedia cabaran off-road.
Tayarnya juga diubah suai mengikut pasaran, dengan pilihan tayar all-terrain 265/70 R18 atau tayar lumpur/salji 265/65 R18.
Reka Bentuk dan Teknologi Terkini
Selain daripada sistem hibrid, Lexus LX700h menerima pelbagai kemaskini yang lain. Ia dilengkapi dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.3-inci, tempat duduk hadapan baharu, serta sokongan pengecasan pantas untuk pad tanpa wayar.
Dengan soket kuasa tambahan di konsol tengah dan dek belakang, LX700h boleh berfungsi sebagai sumber kuasa kecemasan.
Bukan itu sahaja, satu lagi ciri baharu diperkenalkan ialah sistem Electro-Shiftmatic, yang merupakan pertama kali digunakan dalam model off-road Lexus.
Sistem ini memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan mudah diakses, sekaligus menambah baik pengalaman keseluruhan.
Walaupun harga bagi LX700h belum diumumkan, ia dijangka lebih mahal daripada model LX600 yang berharga antara AS$93,915 hingga AS$134,490 (RM446,096 hingga RM638,828) di Amerika Syarikat.
SUV mewah ini dijangka mula dijual di pasaran secara berperingkat mulai hujung tahun ini.
GALERI:








