Buletin

ERC 2024 – HAYDEN PADDON AKAN BERAKSI UNTUK MEMBURU KEJUARAAN ERC DI POLAND

Bintang rali New Zealand yang juga penyandang kejuaraan FIA European Rally Championship (ERC), akhirnya mendapat khabar gembira apabila beliau mengesahkan akan beraksi untuk saingan terakhir pusingan kelapan dalam kalendar perlumbaan musim ini untuk menentukan kejuaraan ERC di Rally Silesia Poland.

Hayden Paddon sebelum ini terlebih dahulu memenangi perlumbaan pusingan ketujuh di JDS Machinery Rali Ceredigion sebagai usaha mempertahankan kejuaraan ERC berturut – turut dengan menjarakkan pungutan mata. Namun ketika di akhir perlumbaan, Hayden Paddon memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk beraksi di Poland pada 11 – 13 Oktober nanti,

Namun sokongan tambahan yang diberikan oleh pasukan BRC Racing bersama jentera Hyundai i20 N Rally2 akan memastikan Hayden Paddon dan Juruarah akan tetap beraksi di Rally Silesia.

“Terima kasih kepada pasukan BRC Racing. Perlumbaaan terakhir ERC di Poland akan diteruskan”, menurut catatan Hayden Paddon di Facebook.

Hayden Paddon yang memandu menggunakan tayar Pirelli sebelum ini berkata tentang ketidakpastiannya tentang bertanding Rally Silesia “Tidak pasti [jika kita boleh ke Poland] kerana kita tidak mempunyai bajet tetapi jika kita boleh sampai ke sana ia akan menjadi perlumbaan yang berbeza kerana ia akan menjadi tentang mengumpul mata dan itu membuatkan saya berasa lebih positif di mana keadaan berada.”

“Kami tidak mahu memberikan kejuaraan tetapi, pada penghujung hari, saya tidak boleh mengeluarkan wang sendiri. Ini bukan perlumbaan yang murah dan apa yang kami lakukan ini adalah komitmen besar oleh pasukan kami dan penaja kami. Kami akan cuba [untuk sampai ke Poland] tetapi kami perlu mengadakan beberapa perbincangan.”

Hayden Paddon perlu menduduki tempat kelima atau lebih tinggi di Poland sekiranya mata terkumpul Mathieu Franceschi berjaya memenangi perlumbaan terakhir ini dan mencatat masa terpantas di Power Stage. Namun sekiranya Mathieu Franceschi menang dan Hayden Paddon hanya menduduki tempat kesembilan atau lebih rendah maka Mathieu Franceschi akan menjadi juara ERC buat kali pertama.

Selain dariapda mendapat sokongan penuh daripada BRC Racing, Hayden Paddon juga akan menganjurkan sekumpulan peminat dari New Zealand untuk hadir ke perlumbaan Rally Silesia bagi menyaksikan beliau mencuba buat kali terakhir musim ini untuk merebut tahta kejuaraan ERC.

BACA : ERC 2024 – HAYDEN PADDON MENANG DI WALES. SIKIT LAGI UNTUK MENANG ERC BUAT KALI KEDUA BERTURUT TURUT

BACA : ERC 2024 – APA YANG MENARIK TENTANG BAUHAUS RALLY OF SCANDINAVIA

Google ads

B K

Back to top button