Buletin

ERC 2024 – GEORG LINNAMAE CEMERLANG DI RUMAH SENDIRI DI DELFI RALLY ESTONIA. TOYOTA GR YARIS RALLY2 TERUS MENDONIA

Pemandu tuan rumah, Georg Linnamäe akhirnya berjaya muncul sebagai pemenang bagi pusingan keempat FIA European Rally Championship (ERC) di Delfi Rally Estonia hujung minggu yang lalu.

Pemandu berusia 26 tahun yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 itu berjaya mengurangkan defisit 9.3 saat untuk cemerlang ketika di Power Stage sekali gus mengenepikan saingan rakan senegara, Robert Virves yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Persaingan sengit diantara Robert Virves dan Georg Linnamäe menyaksikan pemenang podium pertama dan podium kedua hanya dipisahkan dengan hanya 2.2 saat sahaja.

Keputusan yang diraih Georg Linnamäe di Delfi Rally Estonia adalah yang terbaik dalam pembabitan sukan rali selepas berjaya menempatkan tempat tiga teratas di Poland pada minggu sebelumnya. Mujur juga Georg Linnamäe yang menggunakan tayar Michelin untuk jenteranya telah memilih tayar jenis kompaun-lembut ketika saingan Power Stage dalam keadaan bahaya berikutan hujan lebat dan angin kencang semasa pembinaan, terbukti memberikan kelebihan buat beliau.

Ternyata pilihannya tepat apabila berjaya mencatatkan kelebihan 11.5 saat ketika Power Stage berbanding Robert Virves yang menggunakan tayar pilihan Pirelli sekali gus berjaya mencatatkan kelebihan 2.2 saat dengan menyaksikan pemandu Nikolay Gryazin yang mempunyai kelebihan dua warganegera Russian / Bulgaria (akhirnya memilih untuk memegang lesen perlumbaan Bulgaria) berada di podium ketiga dengan memandu jentera Citroen C3 Rally2.

Menariknya, kedua pemandu tuan rumah tersebut berkongsi tarikh lahir yang sama, 8 Julai sekali gus meraikan ulang tahun ke 26 dan 24 masing – masing.

Sementara itu penyandang juara ERC 2023 Hayden Paddon akur untuk berada di tempat kelima keseluruhan dengan memandu jentera Hyundai i20 Rally2 setelah jentera dipandu mengalami sedikit masalah dengan sistem penyejuk akibat hentakan kuat ketika mendarat daripada lompatan. Mujur juga sempat diperbaiki sendiri.

Dengan keputusan yang diraih ini, Hayden Paddon masih lagi mendahului senarai kejuaraan ERC 2024 di hadapan pemandu Mathieu Franceschi dengan hanya kelebihan 10 mata setelah tamat empat perlumbaan setakat ini.

Perlumbaan berikutnya akan diadakan di Rally di Roma Capitale dengan permukaan aspal akan menjadi tentangan di Itali pada 26 – 28 Julai nanti.

BACA : ERC 2024 – APA YANG MENARIK TENTANG BAUHAUS ROYAL RALLY OF SCANDINAVIA

BACA : ERC 2024 – OLIVER SOLBERG SEKALI LAGI MELAKUKANNYA UNTUK MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button