
ERC 2024 – OLIVER SOLBERG SEKALI LAGI MELAKUKANNYA UNTUK MUNCUL JUARA
Pemandu tuan rumah, Oliver Solberg sekali lagi mencipta kejayaan berganda untuk muncul juara sekali lagi di BAUHAUS Royal Rally of Scandinavia, pusingan ketiga kalendar FIA European Rally Championship (ERC) dalam suatu pertarungan yang menarik dengan pesaingnya.
Oliver Solberg yang berusia 22 tahun dikejar rapat oleh penyandang juara ERC musim lalu Hayden Paddon yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 dengan hanya kelebihan masa yang cukup tipis, 3.3 saat sahaja ketika membuka perlumbaan di hari kedua.

Oliver Solberg yang kali ini memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 bersama tayar Pirelli adalah pemandu terpantas empat peringkat perlumbaan di sebelah pagi dengan kelebihan masa 13.7 saat memandangkan Hayden Paddon mengaku bahawa beliau tidak mempunyai cengkaman yang mencukupi untuk terus mengejar.
Dan Oliver Solberg terus memecut laju untuk baki saingan termasuklah ketika penutup Power Stage untuk terus mendahului dengan kelebihan 38 saat dan dalam masa yang sama Hayden Paddon terus ditimpa nasib malang apabila mengalami tayar pancit sekali gus membuatkan beliau akur untuk berada di podium ketiga sahaja di Sweden kali ini.

Dengan nasib malang yang menimpa Hayden Paddon membolehkan pemandu dari Finland Mikko Heikkila yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 untuk berada di podium kedua. Keputusan tempat kedua keseluruhan ini dilihat cukup melegakan buat Mikko Heikkila untuk kembali menebut kekecewaan sementelah terpaksa menarik diri ketika sedang mendahului perlumbaan pembukaan di V-Híd Rally Hungary.
Sementara itu bagi penyandang juara ERC Hayden Paddon juga pastinya merasa lega setelah mengalami kekecewaan dalam dua perlumbaan awal sebelum ini untuk meraih podium pertamanya musim ini. Itu pun sebenarnya beliau harus berterima kasih kepada Mathieu Franceschi yang sebelumnya berada di kedudukan ketiga keseluruhan di hadapan Hayden Paddon sebelum mengalami masalah di saat saat akhir.

Dengan keputusan ini, bermakna Hayden Paddon dan Mathieu Franceschi berkongsi pungutan mata – 56 mata untuk mendahului senarai pemandu bagi kejuaraan ERC musim ini.
Sementara itu Petter Solberg yang membuat kemunculan semula berjaya menduduki tempat ke 15 keseluruhan, posisi terakhir kutipan mata walau pun jentera lama Volkswagen Polo GTi R5 sempat mengalami masalah dengan stereng rack.
BACA : ERC 2024 – PEMANDU DARI ROMANIA SIMONE TEMPESTINI MUNCUL JUARA
BACA : ERC 2024 – YOANN BONATO MUNCUL JUARA DI RALLY ISLAS CANARIAS DUA KALI BERTURUT – TURUT






