Buletin
ERC 2024 – APA YANG MENARIK TENTANG BAUHAUS ROYAL RALLY OF SCANDINAVIA
Perlumbaan ketiga perlumbaan FIA European Rally Championship bakal berlangsung di BAUHAUS Royal Rally of Scandinavia pada hujung minggu ini dilihat cukup menarik kerana bakal menampilkan saingan yang cukup menarik di Sweden ini.
- Ianya akan menampilkan 23 buah jentera Rally2 yang ternama, lima jentera Rally3 serta 14 jentera Rally4 untuk bersaing kali ini membabitkan pemandu handalan dan ternama dari Eropah dan luar serta beberapa pemandu berbakat dari Scandinavia
- Juara bertahan ERC Hayden Paddon sekali lagi akan menjadi tumpuan bersama jentera Hyundai i20 N Rally2 dengan menggunakan tayar Pirelli yang sedikit suram dalam dua perlumbaan awal ERC musim dandiikuti oleh mantan juara ERC 2022 Efrén Llarena, yang memandu jentera Škoda Fabia RS Rally2 untuk Team MRF Tyres.
- Pemandu kelas WRC2 yang juga jaguh tempatan Oliver Solberg yang juga merupakan pemenang BAUHAUS Royal Rally of Scandinavia tahun lepas sekali lagi akan mengambil bahagian tetapi tidak akan memandu jentera lama Volkswagen Polo GTi R5 sebaliknya akan memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2.
- Jentera Volkswagen Polo GTi R5 tersebut akan dipandu oleh bapa beliau Petter Solberg setelah menggantung stereng beberapa tahun yang lalu dan akan beraksi penuh untuk perlumbaan kali ini.
- Pendahulu kejuaraan semasa Mathieu Franceschi dari Perancis adalah pilihan nombor empat dalam senarai jentera Fabia yang dipadankan dengan tayar Michelin dan juga Simone Tempestini juga dengan jentera yang serupa yang merupakan juara rali dari Romania yang memburu kemenangan seterusnya musim ini setelah melakukannya di Hungary pada April lalu.
- Selain daripada nama regular dalam ERC, juga akan beraksi adalah Johan Kristoffersson yang merupakan juara FIA World Rallycross Championship sebanyak enam kali dengan memandu jentera Volkswagen Polo GTI R5 milik keluarganya Kristofferson Motorsport.
- Selain daripada menyaksikan pertarungan membabitkan pemandu utama bagi merebut kemenangan di Sweden ini, peminat juga berpeluang menyaksikan jentera rali lagenda yang beraksi dalam Royal Rally Legends dengan menyaksikan seperti Mats Jonsson yang merupakan juara rali Sweden sembilan kali yang akan beraksi bersama Toyota Celica. Seorang lagi Tom Axelsson pula akan beraksi dengan jentera Audi Ur Quattro.
BACA : ERC 2024 – PEMANDU DARI ROMANIA SIMONE TEMPESTINI MUNCUL JUARA
BACA : ERC 2024 – YOANN BONATO MUNCUL JUARA DI RALLY ISLAS CANARIAS DUA KALI BERTURUT – TURUT