Buletin

MERCEDES-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ MOTORSPORT COLLECTORS EDITION – EDISI ISTIMEWA DENGAN HANYA 200 UNIT SAHAJA DIHASILKAN

Sebagai sebahagian daripada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura, Mercedes‑AMG mempersembahkan model GT 63 PRO 4MATIC+ “Motorsport Collectors Edition” yang sangat eksklusif dengan menampilkan pelbagai elemen reka bentuk individu dan butiran peralatan, malah ia mewujudkan hubungan rapat kepada Pasukan F1 Mercedes‑AMG PETRONAS.

Malah layangan warna asas Obsidian Black Metallic diilhamkan daripada jentera lumba Mercedes‑AMG PETRONAS F1 Team. Perkara yang sama turut diaplikasikan pada corak bintang yang dilukis dengan menggunakan tangan pada bintang Mercedes berwarna Perak di rusuk belakang dan jalur hiasan kerawang berwarna PETRONAS.

Juga terdapat warna PETRONAS yang memberikan sedikit kontra dengan warna hitam tersebut pada beberapa bahagian kenderaan seperti splitter hadapan, saluran udara pada bahagian sisi hadapan, pada elemen hiasan pada panel ambang sisi dan juga diffuser belakang.

Roda tempa AMG 21 inci yang ringan ini dilayangkan dengan kemasan hitam matte dan reka bentuk jejari silang diserlahkan dengan bebibir rim berwarna PETRONAS yang membuatkannya sedikit menyerlah. Sistem brek yang menggunakan angkup brek komposit seramik berprestasi tinggi sebagai ciri standard AMG dengan angkup tetap enam omboh di hadapan dan angkup terapung satu omboh di belakang juga menggunakan berwarna serupa.

Model Motorsport Collectors Edition ini mengunakan tayar jenis Michelin Pilot Sport Cup 2R dengan saiz 295/30 ZR 21 di hadapan dan 305/30 ZR 21 di belakang.

Secara standard, model Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ “Motorsport Collectors Edition” ini datang dengan beberapa kemasan Carbon Fiber seperti di splitter hadapan, diffuser belakang dan juga Wing di belakang dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi.

Walau pun ianya adalah merupakan sebuah model berprestasi tinggi, tetapi model ini tetap didatangkan bumbung kaca panorama untuk memberikan kesan mewah. Penutup pengisi bahan api didatangkan hurut AMG berwarma silver chrome bagi menekankan status istimewa edisi model ini.

Bahagian dalamnya juga turut diperincikan dengan beberapa kemasan berwarna PETRONAS seperti tempat duduk yang dibalut kulit Nappa / MICROCUT microfibre dengan jahitan berwarna PETRONAS sebagai kontra, Stereng yang turut dibalut dengan kualiti yang serupa mempunyai ciri pemanasan turut dijahit dengan jahitan berwarna PETRONAS.

Lain – lain ciri yang terdapat pada model Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ ini masih lagi dikekalkan. Enjin biturbo AMG 4.0‑liter V8 dengan kuasa maksimum 612 HP masih lagi digunakan tetap telah diberikan penalaan yang lebih halus dari segi aerodinamik menyumbang kepada dinamik pemanduan yang dipertingkatkan.

Dan untuk melindungi kereta yang hanya dikeluarkan dalam 200 unit sahaja daripada kecuriaan / vandalisma, ianya akan dilengkapi dengan sistem pemantauan GUARD 360o. Malah pemiliknya juga akan diberikan secara eksklusif pelindung kereta AMG yang diperbuat daripada fabrik gentian sintetik tahan koyakan dan fabrik dalam antistatik yang diperbuat daripada flanel bagi melindungi kereta daripada habuk dan calar di garaj.

BACA : MERCEDES-AMG GT EDITION – 130Y MOTORSPORT 13 BUAH TANPA HOMOLOGASI HAMPIR RM5 JUTA

BACA : MERCEDES=AMG PURESPEED CONCEPT HADIR DENGAN UNIT TERHAD

Google ads

B K

Back to top button