Buletin

ETCM PANGGIL SEMULA MODEL NISSAN FRONTIER, SENTRA & X-TRAIL T30

Berikutan pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Nissan Motor Co. Ltd, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) telah melanjutkan Kempen Panggilan Semula untuk dua lagi model keluarannya iaitu Frontier (D22),  Sentra (N16) dan X-Trail (T30) generasi pertama. 

Langkah itu diambil selari dengan pengumuman yang dibuat oleh ETCM mengenai Kempen Panggilan Semula untuk inflator beg udara penumpang hadapan pada Jun 2015 dan Ogos 2016.

Dengan itu, dianggarkan sebanyak 52,707 unit kenderaan Nissan di Malaysia terlibat dalam masalah inflator beg udara penumpang hadapan Takata.

Model Kod Produk Tahun Dikilangkan Unit yang terjejas
Frontier (CKD) D22 Julai 2004 – Disember 2012 1,032
Sentra (CKD)* N16 Jun 2000 – Disember 2012 48,517
X-Trail (CKD) T30 Januari 2009 – Disember 2012 3,158
52,707

Kenderaan Nissan Sentra (N16) yang tidak dilengkapi beg udara tidak termasuk dalam kempen ini.

Proses panggilan semula Takata itu bagaimanapun tidak melibatkan Nissan X-Trail (T32) baharu yang dilancarkan pada Januari 2015 dan model-model Nissan yang dijual sekarang.

Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat daripada TCEAS. Mereka yang menerima surat itu dinasihatkan supaya menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk mendapatkan temu janji. TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan tempoh operasi mereka dan kini ia dibuka 365 hari. Ini sekali gus memudahkan pelanggan untuk menyelenggara kenderaan pada hujung minggu serta meningkatkan kapasiti aktiviti penggantian.

ETCM juga menyediakan perkhidmatan mengganti inflator beg udara Takata semasa Karnival Pandu Uji yang diadakan pada 19 dan 20 Mei 2017 di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan bermula jam 10am hingga 10pm. Kos buruh dan alat ganti untuk kempen servis ini adalah percuma.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) bagi mengetahui sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggilan semula ini atau sebaliknya.

Google ads
Back to top button