
EXN LUBE LANCAR BMW 330i PROJECT CAR DI TASKL 2024
EXN Lube, jenama pelincir buatan Malaysia, baru-baru ini melancarkan BMW 330i Project Car di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 pada 8 November yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Acara penting ini berjaya menarik perhatian peminat automotif serta pemain industri, memperkukuh komitmen EXN Lube dalam menawarkan penyelesaian automotif berprestasi tinggi dan melangkah ke arah menjadi jenama gaya hidup.
Kerjasama dengan rakan industri utama dalam pelancaran kereta projek ini bukan sahaja mempamerkan keberkesanan pelincir EXN Lube, malah menandakan peralihan syarikat ke arah integrasi elemen gaya hidup dalam identiti jenamanya.

BMW 330i EXN Lube ini direka khas untuk menyerlahkan prestasi unggul Molyracing Series Lubricant, siri pelincir khas untuk kenderaan berprestasi tinggi dan kontinen, serta menjadikan EXN Lube sebagai pemain utama dalam industri gaya hidup automotif.
Molyracing Series dibangunkan untuk memberi perlindungan serta kuasa dalam keadaan pemanduan yang mencabar, dan BMW 330i ini menjadi bukti keupayaan pelincir tersebut.
Pelancaran ini diperhebatkan dengan kerjasama bersama kumpulan kolaborator berpengaruh, yang turut memberi sumbangan besar dalam kejayaan projek ini:
- Fawster: Pengeluar suspensi premium untuk kestabilan pemanduan berkelajuan tinggi.
- DuckIt: Pakar badan kit BMW, aerodinamik, serta perkhidmatan vinil wrap dan alat prestasi.
- Type One: Pengilang strut bar yang meningkatkan kekuatan casis melalui pemasangan strut bar.
- ATL Tyre: Pembekal tayar kontinental yang memberi solusi dan servis tayar berkualiti tinggi.
- Lufi Malaysia: Pengilang meter OBD yang menawarkan solusi pemantauan automotif terkini.
- Raxer: Pengeluar roda berprestasi tinggi dan tahan lasak.
- CarkiSpeed: Saluran pengaruh dalam sukan permotoran dan automotif untuk berita serta kemas kini industri.
- Rexagon: Jenama streetwear yang menggabungkan budaya fesyen dan automotif.
- Protech: Jenama badminton terkemuka di Malaysia, simbol kerjasama EXN dalam pelbagai segmen gaya hidup.
- EM Motorsport: Pakar dalam tuning dan servis kereta kontinental.
- DSG Motorsports: Pakar modifikasi peralatan kereta kontinental.
- Legacy Bezza Malaysia: Kelab pemilik Perodua Bezza yang aktif dalam pengubahsuaian dan acara pertemuan kenderaan.
Melalui kolaborasi ini, EXN Lube bukan sahaja mempamerkan prestasi produk yang hebat, tetapi juga mengukuhkan jenama dalam arena gaya hidup dan prestasi automotif.
- BACA: RXZ TWIN BOSS V2 OLEH FNG WORKS BAKAL DIPAMERKAN DI YOKOHAMA HOT ROD CUSTOM SHOW KE-32
- BACA: BHPETROL RAIKAN PELANGGAN SETIA DENGAN KONSERT MINI ALIF SATAR & THE LOCOS
- BACA: TAMBAH LEBIH BANYAK MODEL ICE BERBANDING EV, PORSCHE BUAT ‘U-TURN’?
- BACA: YOUTUBER MENYESAL BELI TESLA CYBERTRUCK, PENAJA TAK BERMINAT – “KAMI TAK NAK DIKAITKAN DENGAN IDEOLOGI PERIBADI ELON MUSK”

