BHPETROL RAIKAN PELANGGAN SETIA DENGAN KONSERT MINI ALIF SATAR & THE LOCOS
BHPetrol menghargai pelanggan setia program Loyalty eCard mereka dengan menganjurkan ‘Konsert Mini Alif Satar & The Locos’ di MyTOWNKL, khusus untuk pemegang kad yang paling setia.
Konsert ini yang berlangsung pada tengah hari 9 November 2024 menampilkan Alif Satar, duta rasmi jenama BHPetrol, bersama kumpulannya The Locos dalam persembahan begitu menghiburkan dan istimewa.
Acara eksklusif ini dihadiri oleh kira-kira 500 ahli eCard setia, di mana mereka berpeluang menyaksikan persembahan Alif Satar & The Locos secara langsung dan lebih dekat.
Momen ini direka khas untuk memperkukuhkan hubungan antara BHPetrol dan pelanggan setia mereka, dengan mengukir pengalaman yang tidak mudah dilupakan.
Sebagai duta rasmi BHPetrol, Alif Satar turut menyatakan rasa terharu dan gembira atas peluang istimewa ini.
“Persembahan hari ini untuk ahli eCard BHPetrol amat berharga. Saya amat bersyukur kepada BHPetrol kerana memberi peluang ini, dan gembira dapat berkongsi persembahan yang begitu peribadi dengan pelanggan setia mereka,” katanya.
Konsert Mini Alif Satar & The Locos adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif BHPetrol untuk menghargai ahli eCard mereka sepanjang tahun, dengan menawarkan pengalaman eksklusif dan manfaat istimewa.
Selain konsert, BHPetrol turut memberi peluang kepada 100 ahli eCard bertuah untuk menghadiri sesi “Meet & Greet” bersama Alif Satar & The Locos.
Selain itu, mereka turut menerima cenderahati eksklusif sebagai tanda penghargaan daripada BHPetrol.
- BACA: TAMBAH LEBIH BANYAK MODEL ICE BERBANDING EV, PORSCHE BUAT ‘U-TURN’?
- BACA: YOUTUBER MENYESAL BELI TESLA CYBERTRUCK, PENAJA TAK BERMINAT – “KAMI TAK NAK DIKAITKAN DENGAN IDEOLOGI PERIBADI ELON MUSK”
- BACA: KEDUDUKAN 200 PEKERJA LOTUS DALAM BAHAYA – NANTI ADALAH REZEKI KAT LAIN
- BACA: EICMA2024: DUCATI PANIGALE DAN STREETFIGHTER V2 2025 – TANPA DESMO, 120HP