Buletin

FERING PIONEER, INI BARU PIKAP LASAK DAN BUATAN BRITAIN!

Segmen kenderaan lasak pada hari ini lebih terarah kepada gaya hidup dan ciri mewah. Tidak banyak 4×4 atau SUV yang rugged dan kosong seperti Land Rover Defender atau Toyota Land Cruiser dahulu.

Tidak hanya dua segmen tersebut, pengeluar pikap pun turut mengadunkan elemen gaya hidup untuk produk mereka.

Tiada yang salah pun mengenainya kerana selera dan keperluan manusia sentiasa berubah.

Untuk pengguna yang mahukan sesuatu berbeza, ini ada sebuah pikap dari Britain dengan konsep menarik.

Fering Pioneer direka untuk menjelajah rupa bumi paling lasak dan menariknya dikuasakan nadi elektrik dan enjin 800cc.

Individu di sebalik pikap ini bukan calang-calang, ianya adalah hasil bekas jurutera Ferrari dan McLaren, Ben Scott-Glades.

Walaupun nampak rugged dan lasak, pikap Pioneer ini mempunyai saiz sederhana iaitu lebih pendek daripada Ford Mondeo Estate dengan berat sama seperti hatchback keluarga.

Sebagai sebuah pikap lasak, ia mestilah digerakkan oleh keempat-empat roda. Bagaimana Pioneer dan pengeluar lain melakukannya?

Letak dua motor elektrik dan lazim untuk nadi elektrik mempunyai kuasa tinggi. Pikap ini mempunyai daya kilas 600Nm dan setara dengan 4×4 janaan enjin diesel.

Memandu dengan kuasa bateri, Pioneer boleh bergerak sehingga 80 kilometer dan jarak selepas itu dibantu oleh enjin 800cc tiga silinder yang berfungsi sebagai range extender.

Enjin itu menggunakan bahan bakar biodiesel dan membekalkan kuasa untuk menggerakkan motor elektrik dan mengecas bateri semasa pemanduan normal.

Operasi tersebut bermakna tenaga bateri yang disimpan boleh digunakan semasa permintaan bertambah seperti mendaki bukit dan kemudian diganti semasa pemanduan biasa, berhenti dan membrek.

Banyak lagi ciri menarik tentang Pioneer Fering dan berikut disenaraikan:

  • Sel bateri Pioneer berbeza dengan EV konvensional yang menggunakan bateri Lithium-Ion. Pikap ini menggunakan sel bateri Lithium Titanate Oxide yang direka supaya tahan dalam cuaca ekstrem.
  • Pioneer dibina menggunakan bahan dan teknik dari litar dan kereta super. Berat kering tanpa penumpang ialah sekitar 1,500 kilogram atau bersamaan hatchback saiz sederhana.
  • Di antara komponen yang digunakan ialah kerangka ruang (spaceframe) dengan bahan komposit manakala panel luaran dari fabrik tahan lasak.
  • Bahan itu sama seperti kanvas yang digunakan pada but mendaki premium. Ianya mudah digantikan dan mempunyai kandungan insulasi lebih baik daripada besi.
  • Berat yang ringan menyumbang kepada penggunaan bahan api yang ekonomikal.
  • Faktor tersebut juga membolehkan Pioneer digunakan untuk jelajah ke kawasan terpencil tanpa risau untuk mengisi bahan api.
  • Dengan menggunakan tangki jarah jauh, pikap ini mampu dipandu sehingga 7,000 kilometer tanpa pengisian semula atau pengecasan.
  • Jika tidak digunakan, tangki tersebut boleh diisi dengan air untuk pelbagai misi.
  • Pikap ini juga boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan seperti bateri lebih besar atau jenis range extender yang berbeza seperti bahan api berasaskan alkohol atau sel bahan bakar (fuel cell).
  • Bateri dan penjana (generator) Pioneer boleh diguna bagi tugas kecemasan dengan membekalkan tenaga untuk peralatan keselamatan dan pencahayaan.

Prototaip pertama Pioneer telah pun melalui proses ujian ketat dan menariknya sedang dinilai oleh pelanggan dan organisasi awal yang berminat.

Lebih menarik Fering memaklumkan pengeluaran Pioneer dijadual untuk bermula di United Kingdom pada separuh tahun pertama 2022.

BACA: RANGE ROVER SPORT SVR ULTIMATE V8, INI BARU PUAS HATI!

BACA: TUNER JEPUN DAMD TUKAR SUZUKI JIMNY JADI G-CLASS & DEFENDER

BACA: HYUNDAI SANTA CRUZ. BILA TUCSON DISUMPAH JADI PIKAP

Google ads
Back to top button