Buletin

FERRARI 250 GT CALIFORNIA SPYDER TIRUAN INI DILELONG PADA HARGA RM1.6 JUTA!

Sebuah Ferarri replika yang digunakan dalam filem ikonik Ferris Bueller’s Day Off pada tahun 1980-an dikatakan berjaya dilelong pada harga AS$396,000 (RM1.6 juta).Β 

Replika Ferrari 250 GT California Spyder itu merupakan salah satu daripada tiga model yang dibina oleh pihak Modena Design and Development untuk kegunaan filem tersebut. Ia dibintangi oleh Matthew Broderick sebagai hero yang suka ponteng sekolah. 

Ferrari California Spyder sebenar sememangnya sangat mahal. Sebuah model tahun 1961 pernah dilelong pada harga AS$17.6 juta (RM71.5 juta) pada tahun 2016. Jadi, tidak hairanlah jika versi replika pun memiliki nilai yang cukup tinggi.Β 

Penerbit filem itu menggunakan sebuah Ferrari 250 GT California Spyder untuk rakaman dekat. Tetapi untuk adegan di mana Ferrari itu dirosakkan di Chicago sebelum terlibat dalam kemalangan, mereka memerlukan sebuah kereta replika. 

Menurut firma lelongan Barrett-Jackson, kereta itu telah menjalani proses restorasi terutama pada panel badan gentian karbon. Jentera itu dikuasakan oleh enjin V8 bersesaran 7.0 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan. 

Model pacuan roda belakang itu nyata mempunyai enjin lebih besar berbanding versi original yang menggunakan enjin Colombo V12 bersesaran 3.0 liter.Β 

Kereta tersebut menggunakan sistem suspensi bebas pada keempat-empat rodanya. Rim bersaiz 16 inci yang cantik itu dihasilkan secara custom dan dibalut oleh tayar BFGoodrich. 

Bukan itu sahaja, ia dilengkapi speedometer yang lengkap dengan ciri GPS, radio Retrosound bersama  ketersambunagn Bluetooth, sepasang amps Blaupunkt dan 14 unit pembesar suara. 

Pembeli akan menerima beberapa memorabila seperti foto yang telah ditandatangani oleh barisan pelakon, model diecast 1:24 dan sijil tulen daripada Modena Design and Development.Β 

Google ads
Back to top button