" "
Buletin

HONDA BF300 BAHARU, ENJIN SANGKUT V8 300 HP!

Pada September 2023 Mekanika melaporkan mengenai enjin sangkut V8 BF350 dan terbaru Honda memperkenalkan BF300 di Jerman.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti rekreasi laut menggunakan bot besar semakin popular terutama sekali di Amerika Utara dan Eropah.

Honda mengambil peluang dan memperkenalkan BF350 dan terbaru BF300 bagi memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan.

BF300 menggunakan enjin 4,952 cc V8 yang dibangunkan untuk BF350 dan merupakan model andalan Honda. 

BF300 memilliki 300 kuasa kuda (hp) dan direka untuk menggunakan petrol biasa meskipun mempunyai kuasa tinggi.

BF300 dilengkapi beberapa ciri yang memudahkan pelanggan termasuk fungsi baru yang pertama kali diperkenalkan pada BF350 seperti Kawalan Pelayaran dan Trim Support.

Fungsi Trim Support melaras sudut enjin secara automatik mengikut tiga tetapan awal.

Turut dilengkapi fungsi Condong Automatik yang menaikkan dan menurunkan enjin dengan penuh secara automatik dan memudahkan proses mengedok dan menyimpan.

Selain itu, struktur baharu untuk penutup enjin dan penapis minyak direka supaya senang dipasang dan dibuka dan memudahkan pemiliki untuk tugas-tugas penyelenggaraan.

Kemaskini pada fungsi ECU turut membantu. Sebagai contoh semasa tiga enjin digunakan, fungsi kawalan neutral pada enjin tengah dapat memacu enjin dengan lebih stabil. Fungsi ini juga akan dipasang pada BF350. 

Dari segi rekaan, BF300 yang menggunakan konsep reka bentuk Noble Motion Form pada BF350 tampil kemas dan cantik dalam pakej badan yang langsing.

Honda BF300 bakal dijual di Jepun, Eropah dan Asia sebelum penghujung 2025.

Google ads
Back to top button