Motosikal

DIDENDA RM979 KERANA PAKAI TOPI KELEDAR TERBALIK – ADA JERAWAT KATANYA

Seorang penunggang motosikal bernasib malang apabila disaman oleh polis trafik sebanyak AUD$319 (RM979) kerana memakai topi keledar secara terbalik.

Bukan setakat saman, lelaki itu juga dikenakan potongan tiga markah merit akibat kesalahan yang pelik itu. Menurutnya, dia memakai topi keledar begitu kerana ada satu jerawat pada bahagian pipinya dan sakit apabila terkena tali. 

Malangnya, polis trafik dari pasukan rondaan lebuh raya Surry Hill tidak percaya dengan alasan tersebut dan memberinya saman.

“Pada kira-kira jam 3 petang, Khamis, 7 Disember 2017, pegawai rondaan lebuh raya Surry Hill terlihat seorang lelaki menunggang motosikal di jalan Elizabeth Surry Hills dengan topi keledarnya dipakai terbalik.

“Cara pemakaian itu jelas melanggar cadangan yang diberikan oleh pengeluar dan menghadkan keselamatan topi keledar tersebut.

“Apabila ditahan, dia memberitahu ada jerawat di pipinya. Dengan memakai topi keledar secara terbalik, ia lebih mudah dicabut tanpa perlu membuka talinya.

“Dia kemudian dikenakan notis kerana memakai topi keledar secara salah, denda AUD$319 dan dipotong 3 markah merit,” jelas status Facebook Rondaan Trafik dan Lebuh Raya, Pasukan Polis NSW Australia.   

kredit foto: FB Pasukan Polis NSW Australia

Google ads
Back to top button