
FERRARI 250 GTO CATAT REKOD LELONGAN TERMAHAL DI DUNIA. RM199 JUTA!
Pernahkah anda terbayang sebuah kereta boleh dijual pada harga RM199 juta?. Ya RM199 juta, anda tak salah dengar.
Itulah harga yang dicatatkan oleh firma lelongan terkenal RM Sotheby pada model Ferrari Series 2 GTO di Monterey, California, Amerika Syarikat.
Ia bukanlah sebuah GTO yang biasa. Dalam lelongan tersebut, Ferrari ini dipandu dengan bergaya ke pentas lelongan oleh juara Le Mans lima kali Derek Bell.
BACA: PANIGALE COMPETITION V4 UNTUK DIJUAL
Lelongan bermula pada harga USD35 juta (–) dan melompat terus ke USD40 juta dalam satu laungan sahaja.
Ia kemudiannya meningkat agak perlahan dengan USD250,000 bagi setiap peningkatan hingga ke USD44 juta yang mengejutkan semua pengunjung dalam dewan tersebut.
Untuk rekod, hanya 36 unit GTO seumpamanya yang dibina dan menariknya, kesemuanya masih dalam keadaan yang baik dan ia dianggap antara kereta paling bernilai di dunia. Ia juga jarang sekali muncul di pusat lelongan kerana disimpan rapi oleh jutawan yang memilikinya.
Kereta dengan pendaftaran 3413GT adalah unit ketiga dibina. Ia digunakan sebagai kereta ujian Ferrari dan dipandu oleh juara Formula Satu Phil Hill sewaktu pusingan Targa Florio pada tahun 1962.
Shelby Myers, pakar automotif dari RM Sotherby berkata: “Ini adalah kereta ketiga yang disenaraikan untuk lelongan sejak 20 tahun yang lalu. Ia adalah kereta lumba Ferrari yang paling sukses dan kereta koleksi yang paling digilai seluruh dunia.
SEJARAH YANG PANJANG
Pada 1962, Ferrari menjual kereta ini kepada pelumba persendirian Edoardo Lualdi-Gabardi. Beliau menyertai 10 pusingan perlumbaan pada musim itu, menang 9 daripadanya dan kemudian bertanding dalam kejuaraan National GT Championship Itali.
Lualdi-Gabardi mendapat GTO kedua dan menjual unit ini kepada Gianni Bulgari. Di bawah milikan Bulgari, kereta ini memenangi perlumbaan pada 1963 dan 1964. Sepanjang sejarah, kereta ini memenangi lebih 20 perlumbaan TANPA SEBARANG KEMALANGAN!.
BACA: SIR ELTON JOHN LELONG BENTLEYNYA
Lebih 50 tahun selepas itu, GTO ini masih menggunakan enjin, kotak gear, gandar belakang yang sama malah kit badan Series II yang dipasangkan oleh Carrozzeria Scaglietti pada 1964 masih elok.
Selepas beberapa kali bertukar pemilik, pada tahun 2000, ia dibeli oleh pemilik sekarang Dr Greg Whitten, jurutera perisian Microsoft yang merupakan peminat Ferrari dan pelumba kereta vintaj.
“Pengalaman saya dengan GTO sudah sampai ke penghujungnya,” ujar Dr Whitten, “Tapi saya teruja melihat pemilik baru memperolehi kereta yang hebat ini.
GALERI