Buletin

FORD GT40 GULF KEMBALI – REKAAN GRAFIK LUMBA PALING POPULAR DI DUNIA

Grafik lumba warna oren dan biru laut ini memang popular. Pelbagai kereta menggunakannya mungkin disebabkan kombinasi warna yang unik dan cantik.

Skema warna ini berasal dari kereta lumba Ford GT40 yang ditaja oleh syarikat minyak Gulf Oil pada tahun 1968. Kereta ini dengan nombor casis 1075 adalah salah satu dari beberapa kereta sahaja di dunia yang menang dalam beberapa perlumbaan 24 Jam Le Mans.

Ford mencipta rekod dengan memenangi Le Mans dari 1966 hingga 1969. Ford tajaan Gulf pula menang pada tahun 1968 dan 1969.

Bagi menyambut ulang tahun ke-50 kereta ini, Ford mengeluarkan edisi istimewa Ford GT Heritage Edition. Menariknya Heritage Edition bakal tampil dengan dua nombor sebagai penghormatan.

Untuk model 2019, grafik nombor 9 akan dilekat pada bonet dan pintu manakala model 2020 pula akan diganti dengan nombor 6 sebagai penghormatan kepada kereta sama yang memenangi Le Mans tahun 1969.

Selain skema warna Gulf Oil, model ini akan dilengkapi beberapa ciri istimewa seperti tiang A dengan kemasan gentian karbon, roda aloi 20 inci berwarna hitam kilat, angkup brek oren dan cermin pandang belakang berwarna perak.

Kerusi, panel instrumen dan stereng pula dibaluti bahan Ebony Alcantara. Sulaman kontra biru dan oren meriasi stereng dan kerusi serta logo kemenangan Le Mans 1968.

Sama seperti seperti model Heritage sebelum ini, Ford GT Heritage turut dilengkapi plet indentifikasi khusus, pelapik ambang pintu gentian karbon dan konsol tengah.

Ford tidak menyatakan berapa jumlah keluaran model istimewa ini tetapi yang pastinya harganya pasti tinggi. Ini adalah kereta replika asli dan mempunyai nilai tinggi pada masa akan datang.

BACA: FORD MUSTANG – KERETA SPORTS COUPE TERLARIS DUNIA!

BACA: FORD FALCON GTHO. KERETA AUSTRALIA TERMAHAL DALAM SEJARAH. RM3.86 JUTA!

Google ads
Back to top button