Buletin

Ferrari Kukuhkan Kolaborasi Dengan Apple

Kini kerjasama lebih tertumpu kepada aspek sistem hiburan dalam kereta.

Model baharu LaFerrari yang dipamerkan di pameran Geneva Motor Show 2013 yang berlangsung di Genevea Switzerland baru-baru ini bukan satu-satunya berita menarik daripada pengeluar kereta mewah dari Itali itu.

Ferrari-Kukuhkan-Kolaborasi-Dengan-Apple-3

Pengerusi Ferrari, Luca Di Montezemolo  turut mengumumkan bahawa pihaknya sedang melihat kemungkinan untuk mengembangkan kerjasama dengan pengeluar produk elektronik terkenal dunia, Apple Inc.

Buat masa sekarang, kerjasama Ferrari dan Apple tertumpu pada bidang aplikasi hiburan dalam kenderaan. Ini berikutan bekas eksekutif Apple, Eddy Cue dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Ferrari mulai November  2012.

Ferrari-Kukuhkan-Kolaborasi-Dengan-Apple-4

Menurut laporan agensi berita Bloomberg, Ferari FF  kini hadir dengan iPad Mini sebagai salah satu sistem hiburan di tempat duduk belakang. Sementara integrasi Siri akan digunakan bersama sistem infotainmen jentera berkenaan.

Selepas Ferari FF, masih belum jelas apakah bentuk kerjasama di antara dua jenama paling berpengaruh di dunia itu. – Autoblog

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Ferrari-Kukuhkan-Kolaborasi-Dengan-Apple-5Ferrari-Kukuhkan-Kolaborasi-Dengan-Apple-7Ferrari-Kukuhkan-Kolaborasi-Dengan-Apple-6Ferrari-Kukuhkan-Kolaborasi-Dengan-Apple-8Ferrari-Kukuhkan-Kolaborasi-Dengan-Apple-9

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button