Buletin

FERRARI PORTOFINO – JENTERA GT PALING BERKUASA, RM948K

Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia hari nin melancarkan Ferrari Portofino V8 GT di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur.

Portofino yang melakukan debut pada acara Frankfurt International Motor Show 2018 merupakan gabungan sempurna aspek kemewahan, versatiliti dan keselesaan.

Mengambil nama sempena kawasan perkampungan yang indah di Riviera, rantau Liguria, jentera itu tampil dengan bumbung hard top yang kini boleh dibuka dan ditutup dalam masa cuma 14 saat.

Dikuasakan oleh enjin Ferrari V8 turbo yang pernah memenangi anugerah International Engine of the Year Award pada tahun 2016 dan 2017, ia memiliki kuasa mencecah 599.5hp dan tork 760NM.

Dengan kuasa itu, Portofino mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.5 saat. Kaliberasi semula pengurusan perisian dan penggunaan komponen baharu juga membuatkan enjin itu lebih berkuasa berbanding enjin terdahulu yang digunakan pada model California T.

Jentera itu juga lebih ringan, sekali gus dapat menawarkan kuasa dan penurunan emisi secara. signifikan.

“Portofino ialah sebuah convertible paling berkuasa dalam segmen GT yang pernah dihasilkan oleh Ferrari. Naza Italia sangat teruja untuk memperkenalkan model yang dinamik ini di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Dato Samson Anand George.

Portofino tampil dengan konfiguras fastback yang cukup sporty. Karekteristik dinamik kereta ini telah dioptimumkan dan diubah sepenuhnya.  

Buat pertama kalinya dalam model Ferrari, Portofino dipasang dengan electronic rear differential (E-Diffs) generasi ketiga yang diintegrasikan bersama F1-Trac. Ia menambah baik aspek cengkaman dan kawalan jentera ke tahap yang terbaik.  

Portofino juga menjadi model GT pertama dilengkapi EPS (Electric Power Steering). Digabungkan dengan E-Diff3, ia dapat mengurangkan nisbah stereng sehingga tujuh peratus. Sekali gus memberikan rasa stereng yang lebih responsif ketika dipandu pada kelajuan tinggi.  

Menjengah ke ruang kabin, Portofino dilengkapi satu paparan skrin sentuh bersaiz 10.2 inci, sistem pendingin hawa baharu dan tempat duduk kuasa.

Penumpang pasti menghargai pemesong angin yang berfungsi mengurangkan laluan angin sehingga 30 peratus apabila bumbung diturunkan. 

Portofino ditawarkan pada harga pengenalan RM948,000 seunit (tidak termasuk duti dan cukai kastam).

Google ads
Back to top button