Artikel Pilihan

SAKSIKAN VIDEO PENDEK TANPA DIALOG LAKONAN NISSAN GT-R DI HONG KONG (+VIDEO)

Nissan baharu sahaja mengeluarkan sebuah video pendek yang cukup bermakna tentang evolusi Nissan GT-R di Hong Kong. Dari awal sehingga akhir ia dipenuhi dengan pelbagai model Nissan GT-R yang membuatkan airliur lelaki sejati meleleh macam lama tak kena kopi janda. Antara model yang ditampilkan ialah R32, R33 NISMO 400R, R34 Vspec ll Nur dan semestinya GTR terbaru yang meluncur di jalan raya sekitar Hong Kong.

Mula-mula tengok memang nampak macam video amatur je tapi bila model demi model GT-R keluar perasaannya memang lain macam. Maklumlah R32 memang merupakan model idaman Pak Amid sejak dari mula diperkenalkan, kalau Kenmeri tu rasanya macam dah generasi lama sangat. Pak Amid tak adalah setua tu.

Video tanpa suara ini mulanya memaparkan sekumpulan tiga budak lelaki yang ‘terkamjat’ bila melihat sebuah R32 berwarna gun metal melucur di jalan raya berhampiran dan segera berlari mengejar untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Babak seterusnya memaparkan bagaimana GT-R berkembang generasi demi generasi. Perhatikan bila mana R34 muncul dan kemudiannya memasuki terowong, fuhh meleleh beb.

BACA: 3 PERKARA YANG MENYEBABKAN NISSAN GTR NISMO SANGAT LUAR BIASA

Walaupun video ini cuma dihasilkan sebagai langkah mempromosikan GT-R baru untuk pasaran Hong Kong ia sebenarnya memang memaparkan evolusi GT-R moden secara menyeluruh.

Kalau semua pengeluar menghasilkan video macam ni untuk promosi kan bagus. Tak adalah asyik belek risalah yang cuma sekeping kertas berwarna serba ringkas. Jauh betul bezanya risalah kereta baharu dulu dan sekarang kan?

Google ads
Back to top button