Artikel PilihanBuletin

BUGATTI VEYRON (SEPARUH SIAP) NI MURAH. RM16,000 SAHAJA

Siapa yang tak kenal Bugatti Veyron? Kereta hypercar pertama dunia yang dihasilkan untuk kuasa, kuasa dan kuasa. Walaupun ada yang melihatnya keterlaluan dengan 1,000 kuasa kuda, Bugatti buktikan bahawa mereka memang suka bermegah-megah. Dan kuasa sebanyak itu memang boleh dibuat pun untuk kereta super sport.

Kemudian, ia jadi idaman jutawan dan juga mengagumkan orang biasa. Kalau kau kerja biasa-biasa mungkin mustahil dapat beli kereta ni. 

Tapi tak mengapa. Ni ada sebuah nak dijual pada harga RM16,000 sahaja, murah. Cuma ia belum siap 100 peratus. Masih dalam proses pembikinan.

BACA: AVENTADOR ENJIN MOTOSIKAL!

Ia adalah Bugatti Veyron replika yang tang 50 peratus sudah siap. Menurut laman web Avito, ia adalah Veyron Super Sport ia sudah dilengkapi enjin 6.0 liter dengan 1,000 HP dan baru bergerak 100 km (62 batu).

Iklan ini mendakwa, kereta yang siap sepenuhnya lazimnya akan berada pada harga jualan 2,200,000 rubel (USD$ 35,000).

Apa komen anda?

Buruk?

Ia tidaklah replika Veyron terburuk yang pernah kami lihat, dan kami rasa ia tidak akan menjadi yang terakhir.

 

Google ads
Back to top button