FIAT 600e – CROSSOVER BAHARU BERINSPIRASIKAN MODEL LAGENDA FIAT 600
Lama dahulu, firma dari Itali Fiat pernah mengeluarkan sebuah model kecil yang kelihatan comel tapi cukup praktikal untuk sebuah keluarga kecil, Fiat 600. Ianya dianggap sebagai model yang cukup ikonik buat pengeluar dari Itali ini.
Dan kini Fiat seakan mahu mengimbau akan kehadiran model yang comel tersebut. Inilah dia Fiat 600e, sebuah model Crossover yang kini telah beralih arah ke segmen B pula. Mengambil semangat kejayaan model Fiat 600 yang cukup laris, model baharu 600e kini tampil dengan segmen baharu yang jelas lebih besar berbanding model asal Fiat 600.
Fiat 600e yang baharu ini juga dirujuk sebagai saudaranya juga, 500e. Reka bentuk luaran dan dalaman menampilkan ciri kecantikan Itali dan juga falsafah Dolce Vita. Ringkasnya, Fiat 600e ini menawarkan keseronokan yang benar-benar bercirikan sebuah DNA Itali.
Berbanding dengan model Fiat 500, 600e menampilkan beberapa ciri tambahan pada rupa yang lebih tajam dan tegas, ciri khas 600 krom yang disegarkan di hadapan dan di sisi, serta identiti pencahayaan LED yang diperbaharui. Penampilan luaran yang elegan dan cantik bersempena dengan model asal 600 namun masih kelihatan dinamik.
Rupa luaran juga digarangkan lagi penggunaan dengan rim dan tayar yang lebih besar (sehingga 18″ dan diameter 690mm). Juga terdapat skirting matt hitam dan juga ruangan arch roda bagi memberitahu orang ramai bahawa ini adalah sebuah Crossover.
Bagi menampilkan DNA Itali, dapat dilihat pada bendera Itali di bampar belakang. Beberapa ciri menawan menyerlahkan garis luarannya, seperti perincian hitam berkilat, aksen krom dan isyarat bersinar pada lampu belakang.
Bahagian kanin Fiat 600e ini merangkumi konsep Italian Dolce Vita yang kelihatan cukup minimalis tanpa serabut mata memandang. Paling penting, Fiat 600e ini menawarkan terapi warna bagi mendapatkan mood kepada pemandu. Ada lapan tetapan warna ambien yang boleh dipilih. Tempat duduk pula tidak langsung bercirikan sporty tetapi yang paling penting cukup ergonimis. Ianya turut dilengkapi dengan fungsi mengurut untuk keselesaan pemandu dan juga penumpang yang dibalut dengan kulit sintetik Ivory.
Ciri keselamatan yang canggih dan moden juga turut tersedia untuk pengguna seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dan juga Autonomous Emergency Braking.
Dan sebagai sebuah model 600e, sudah tentu ianya dilengkapi dengan pek bateri lithium berkapasiti 54 kWh yang berupaya memberikan jarak pemanduan sehingga 600 km untuk pemanduan bandar. Seminggu caj pun tak habis guna pun. Fuh!
BACA : FIAT 500e INI MUNGKIN PENGANGKUT SAMPAH PALING BERGAYA DI DUNIA – MENARIK IDEA NI