Artikel Pilihan

FILEM AKSI YANG MEYELITKAN MODEL KERETA. STRATEGI PEMASARAN BIJAK.

Bagi peminat dunia filem aksi, antara perkara yang menarik perhatian penulis ialah jenis kereta yang digunakan dalam filem tersebut. Ya kita bercakap berkenaan filem perisik, filem aksi tembak menembak dan juga siri fiksyen sains dan bukannya filem kereta mengejar kapal selam.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta yang digunakan dalam filem ini akan diberi secara percuma untuk dijadikan sebagai bahan promosi percuma atau produk placement. Bayangkan filem superhero tersebut yang pecah panggung dan ditonton di seluruh dunia, jenama tersebut bakal mendapat iklan percuma.

Jadi kami senaraikan nama filem dan jenama kereta yang sentiasa digunakan dalam franchise filem tersebut.

1. Jurrasic Park – filem yang menampilkan adegan dinosour mengejar manusia turut mengetengahkan jenama Mercedes Benz sebagai kenderaan utama yang digunakan di pulau dinosour iaitu Isla Nubular dan Isla Sorna. Dalam siri pertama filem ini ia menampilkan Ford Explorer.

Namun dari siri kedua sehinggalah ke 5 Mercedes-Benz mulai tampil sebagai bintang utama yang dipandu oleh hero dan juga heroin. Merecedes ML320 membuat kemunculan pertama dalam siri ke dua diikuti dengan Unimog U 4000, Mercedes Benz GLE, Mercedes Benz G63 AMG 6×6, Mercedes Sprinter dan Mercedes Benz G Class

2. Mission Impossible – dengan hero Tom Cruise membuat kemunculan pertama pada tahun 1996 bersama dengan BMW 316i 1991. Ya tak semua perisik mampu membeli Ferrari untuk kegunaan mereka. Namun BMW dan filem Mission Impossible tak dapat dipisahkan bermula dengan siri Ghost Protocol

Dalam filem ini hero mulai memandu kereta konsep BMW i8 supercar, diikuti dengan BMW M5 dalam siri Fallout dan BMW M3 dalam filem Rogue Nation. Namun pada masa yang sama BMW turut membekalkan kereta klasik BMW 5 Series 1985 dalam satu adegan kejar mengejar.

Filem Mission Impossible juga menampilkan motosikal keluaran mereka iaitu BMW S1000RR dan juga BMW R Nine T Scrambler. Sesekali filem ini juga turut menampilkan Land Rover Defender dalam filem mereka. Untung la orang sponsor kereta dan motor.

3. James Bond -Mat Bond adalah British, dan pada kebanyakan masa kereta yang digunakan dalam filem ini adalah kereta buatan Britain seperti Lotus tapi sesekali hero juga terbabas menggunakan BMW dalam filem mereka. Toyota 2000GT pernah membuat penampilan dalam You Only Live Twice.

Tapi dalam filem terbaru perisik ini memilih untuk menggunakan Aston MArtin sebagai kereta rasmi mereka termasuklah Aston Martin DB5, Aston Martin DBS, Aston Martin V12 Vanquish, Aston Martin DB10, Aston Martin DBS Superleggera, dan Aston Martin Valhalla.

4. Ironman – walaupun Tony Stark ini kaya dan ada banyak koleksi kereta, tapi Iron Man tetap memilih untuk memandu kereta jenama Audi dari filem pertama sehingga filem terakhir Endgame. Koleksi Audi Iron Man termasuklah Audi R8 2008, Audi R8 Spyder, Audi R8 e-Tron, Audi A8, dan Audi E-Tron GT Concept.

5. Transformers – filem aksi lawan-lawan antara kereta robot jahat dan robot baik juga menjadi temoat yang baik untuk Chevrolet memasarkan kereta baru mereka. Melalui hubungan baik antara pengarah Transformers dan Chevrolet, filem ini menyaksikan model konsep Chevrolet Camaro digunakan sebagai Bumblebee

Selain dari itu, filem ini juga menampailkan Chevrolet Camaro SS model, Camaro SS 1967, Chevrolet Corvette Stingray, Chevrolet Sonic, dan Chevy Trax.

Google ads
Back to top button