Buletin

JPJeBID RAIH PENDAPATAN RM4.1 BILION

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pendapatan RM4.1 bilion tahun lalu hasil kutipan bidaan melalui JPJ eBid dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata pada tahun ini, pihaknya menyasarkan kutipan hasil melebihi jumlah tersebut apatah lagi melihat kutipan hasil menerusi JPJeBid setakat Mac lalu hampir mencecah RM59.3 juta.

“Saya tidak pelik jika JPJ boleh mencecah pendapatan kepada RM4.4 bilion. Kalau boleh, saya kongsi, satu siri nombor pendaftaran kenderaan bertukar dalam tempoh dua minggu untuk negeri Selangor.

“Kutipan hasil JPJ ebid dari Januari hingga Mac 2021 sudah mencecah RM59.3 juta berbanding tahun tempoh yang sama pada tahun 2021 hanya RM40juta lebih,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau menerusi JPJeBid, aspek pendigitalan yang diterapkan termasuk membida nombor pendaftaran kenderaan.

Katanya, JPJeBid menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

“Sekarang, untuk membida hanya perlu masuk laman web sahaja dan boleh bida mana-mana nombor yang berkenan di hati, di mana-mana sahaja.

“JPJeBid ialah penyumbang terbesar sehingga kini selain daripada yang asas kita iaitu lesen memandu dan lain-lain perkhidmatan,” katanya. -mediamulia

Google ads
Back to top button