Buletin

FORD PERKENALKAN F-150 2024 FACELIFT – PRO ACCESS TAILGATE, GAYA BAHARU DAN LEBIH KUASA

Ford baru-baru ini memperkenalkan F-150 2024 facelift dengan beberapa kemas kini dan menurut laporan, ia dijangka dilancarkan pada awal tahun depan.

Dari segi rupa, ia menerima kemas kini reka bentuk lampu depan LED berbentuk C, bampar hadapan modular selain, mendapat kemasan warna baharu serta ciri pintu belakang Pro Access Tailgate.

Menariknya, ciri pintu berkenaan boleh dibuka di bahagian tengah dengan sudut 37, 70 atau 100 darjah.

Tambahan, trak dilengkapi pintu belakang Pro Access juga akan mendapat bampar lebih luas untuk memberikan langkah lebih stabil.

Selain itu, lock box di bahagian penumpang didatangkan sebagai standard bagi model ini sementara pemilik yang tidak memilih pilihan Pro Power Onboard akan mendapat kotak 5.5 kaki dan 6.5 kaki di kedua-dua sisi bed belakang.

Untuk F-150 Raptor, turut dimuatkan ialah sistem penyerap hentak Fox Live Valce, di mana suspensi five-link belakang dilengkapi dengan lengan mengekor yang lebih panjang, rod Panhard, serta spring gegelung 24-inci.

Bagi varian STX dan Tremor pula, ia didatangkan bersama unit lampu dua lapis dan dipisahkan dengan jalur LED berbentuk C.

Di dalam kabin, kesemua model dipadankan dengan skrin sentuh 12-inci, head-up display dengan paparan tersuai untuk mod pemanduan BlueCruise, tow/haul serta mod pemanduan off-road.

Bukan itu sahaja, Ford turut membawa pakej bantuan pemandu lanjutan tahap 2 iaitu BlueCruise 1.2 selain, memuatkan Ford Stolen Vehicle Services bagi memudahkan pengesanan sekiranya dicuri.

Beralih kepada kuasa, varian standard dikuasakan oleh EcoBoost V6 2.7 liter, berupaya menghasilkan 325hp dan tork 542Nm.

Untuk Ford F-150 Tremor, ia dijana oleh nadi V8 Coyote berkuasa 400hp dan 678Nm sementara, Ford F-150 Raptor R pula dipacu oleh enjin V8 5.2 liter, menghamburkan kuasa melebihi 700hp.

Untuk harga, tiada pendedahan rasmi dibuat oleh Ford tetapi ia dijangka lebih mahal sedikit berbanding model semasa iaitu AS$78,720 (RM368,551) Raptor standard dan AS$109,295 (RM511,697) bagi model Raptor R.

GALERI:

Google ads
Back to top button