Buletin

FORD F-150 LIGHTNING BOLEH JADI POWERBANK UNTUK RUMAH SELAMA TIGA HARI

Sebagai alternatif yang lebih mesra alam terhadap barisan keluarga trak pikap yang tersedia popular itu, Ford telah pun melancarkan trak pikap elektrik Ford F-150 Lightning, dan ternyata percaturan Ford berjaya membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Ia masih lagi sebuah kuda kerja, dan dalam masa yang sama menawarkan keupayaan yang tersendiri biarpun unit trenkuasa kini lebih senyap dan tidak mencemarkan alam.

Jangan tak tahu, Ford F-150 Lightning juga boleh digunakan untuk mengecas kenderaan elektrik, serta menjadi sebuah bank kuasa untuk rumah anda!

Ford baru-baru ini bekerjasama dengan Sunrun, salah satu syarikat penyedia perkhidmatan solar terbesar di negara Amerika bagi membolehkan trak pikap itu berubah menjadi sebuah powerbank yang bergerak.

Pek bateri 131 kWh pada Ford F-150 Lightning itu mampu menyalurkan kuasa sehingga 9.6 kW, dan berdasarkan penggunaan isi rumah di US secara purata 30 kWh setiap hari, trak pikap ini mampu menyalurkan tenaga yang mencukupi selama tiga hari berturut-turut!

Untuk itu, pemilik F-150 Lightning perlu memasang Home Integration System oleh Sunrun yang membolehkan trak untuk menyimpan tenaga elektrik dan menyalurkan kembali dalam pelbagai cara.

Sistem ini terdiri daripada unit penyongsang kuasa, bateri pemula serta suis yang membolehkan aliran tenaga elektrik dua arah.

Ciri tambahan ini bakal ditawarkan pada trak pikap elektrik F-150 Lightning kelak, dan membolehkan pelanggan menguruskan bil elektrik dengan lebih pintar di samping mengurangkan kebergantungan terhadap sistem grid nasional.

Google ads
Back to top button