
FORD FALCON GTHO. KERETA AUSTRALIA TERMAHAL DALAM SEJARAH. RM3.86 JUTA!
Sejarah baru bagi Australia di mana sebuah Ford Falcon GTHO Phase III tercatat sebagai kereta keluaran Australia paling mahal terjual setakat ini.
Ia dibida pada harga AUD1.3 Juta atau bersamaan RM3.87 dalam satu lelongan yang dianjurkan oleh Lloyds Online pada minggu lalu.
Ford memperkenalkan GTHO Phase III pada 1971 ketika perlumbaan Bathurst cukup popular.
Ia digandingkan dengan enjin V8 dengan kuasa hampir 400hp. Phase III mampu memecut pada jarak suku batu pada catatan kurang 14 saat dan ia merupakan kereta produksi empat pintu terpantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 225km/j
BACA: FORD SIERRA BTCC UNTUK DILELONG
Pada tahun yang sama, kereta itu mendapat kemenangan di Bathurst bagi kelas Australian Manufacturers Championship in 1971 dan 1972 . Kemudian ia mencatat kemenangan pada perlumbaan pada 1972 dan 1973 Kejohanan Kereta Luar Australia.
Kira-kira 300 unit dibina untuk pelanggan. Model yang sama pernah dijual pada harga AUD750,000 (RM2.23 Juta) pada tahun 2007. GTHO yang dijual oleh Lloyds ini hadir dalam kemasan Track Red dan dimiliki oleh juara kriket Australia terkenal Jeff Thomson selama satu dekad.
Kereta itu telah dijaga rapi dan masih dalam rupabentuk asal dengan tali pinggang keledar asal, tayar ganti, kokpit dan permaidani yang masih baik.
Ia baru mencatat 20,968 km (13028 batu) pada odometer dan dilengkapi dengan rekod penyelenggaran serta semua dokumen.
Walaupun berumur 47 tahun, Falcon ini berada dalam keadaan cemerlang dan cat Track Red masih bersinar.
GALERI