Buletin

MAZDA CX-3 2018 FACELIFT KINI ADA DI 1UTAMA – BERMULA RM121,134 SEUNIT, RCTA & BSM

Bermaz Motor sudahpun memulakan siri jelajah di pusat membeli-beah 1Utama sehingga 1 Julai 2018 (Rabu hingga Ahad) ini.

Selain mempamerkan rangkaian penuh model Mazda, apa yang menarik perhatian pastinya SUV kompak CX-3 facelift 2018.

Ini merupakan penampilan pertama CX-3 selepas melakukan debut pada acara New York International Auto Show (NYIAS), Mac 2018.

Crossover segmen B itu menerima beberapa penambahbaikan untuk menjadikannya lebih bernilai untuk wang. Antaranya ialah brek parkir elektrik, rekaan konsol yang lebih kemas, manakala butang kawalan MZD Connect dan butang Sport telah dialihkan.

Pada bahagian luaran pula, perubahan dapat dilihat pada gril krom berkembar, lampu kabus yang digelapkan, lampu belakang seperti model CX-5 dan rim aloi bersaiz 18 inci yang baru.

Satu ciri yang mungkin tidak diperlukan di Malaysia iaitu bumbung suria dibuang. Sebaliknya, ia digantikan dengan ciri keselamatan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Blind Spot Monitoring (BSM).

Sistem keselamatan sedia ada seperti enam beg udara, cagak ISOFIX, ABS, EBD, Brake Assist dan Dynamic Stability Control dikekalkan. Tidak terkecuali sistem G-Vectoring Control (GVC) untuk menawarkan kualiti pengendalian dan keselesaan yang terbaik kepada semua.  

CX-3 masih menggunakan khidmat enjin Skyactiv-G aspirasi biasa (N/A) bersesaran 2.0 liter. Ia mampu menjana kuasa mencecah 151hp dan tork 204Nm.

Jika berminat, CX-3 baharu sudah boleh ditempah pada harga bermula RM121,134 (OTR tidak termasuk insurans). Pelanggan juga boleh mendapatkan aksesori pilihan iaitu sistem navigasi Mazda pada harga RM1,198 dan tinted cermin SKYTINT yang berharga RM1,792.

Mazda CX30

Diimport sepenuhnya dari Jepun, CX-3 didatangkan bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km dan servis percuma untuk tiga tahun/60,000km.

Harus tahu bahawa servis percuma itu memang percuma sepenuhnya. Jadi, anda hanya perlu menghantar kereta ke pusat servis dan tidak perlu membayar apa-apa pun dalam tempoh tersebut.

Tags
Google ads
Back to top button