
TOYOTA COROLLA SPORTS DILANCAR DI JEPUN. ENJIN TURBO DAN HYBRID. CANTIK KAN?
Toyota akhirnya melancarkan Corolla Sport untuk pasaran Jepun. Model hachach terbaru ini menawarkan dua varian enjin utama iaitu versi turbo dan hybrid elektrik.
Pesaing Mazda 3 hatchback, civic hatchback dan Lancer sportback ini didatangkan dengan gaya moden bahasa badan Toyota dengan garis-garis tajam, tirus, sporty dan segar.
Ia juga adalah model pertama yang menggunakan teknoogi modul komunikasi data yang membolehkan maklumat kenderaan seperti arahan pemanduan, diagnosis kenderaan, sistem jadual penyelenggaraan yang bijak yang boleh menentukan tahap selenaggra kenderaan berdasarkan penggunaan individu. Maklumat diproses menerusi cara pemanduan, perbatuan dan sebagainya.
Pelanggan di Jepun ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu empat selinder 1.2 liter turbo dan 1.8 liter hybrid yang “dipinjam” dari model Prius.
Enjin 1.2 turbo tersebut menghasilkan 114hp (116PS) dan 185Nm of torque dan digandingkan dengan transmisi CVT dengan binaan 10 seleksi kelajuan manual.
Enjin Hybrid 1.8 pula menghasilkan 97 kuasa kuda dan gandingan motor elektrik 71hp menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 120hp.
BACA: COROLLA HATCHBACK DILANCARKAN
“Corolla Sport baru meneruskan tradisi Corolla sebagai kenderaan yang seronok untuk dipandu (fun to drive) yang diintegrasikan bersama teknologi pemanduan masa hadapan,” ujar Yoshiki Konishi, ketua jurutera Corolla. “Saya mahu pemandu merasai sendiri pengalaman masa lalu dan mobiliti masa depan yang ditawarkan pada model ini”
Sepertimana keluaran kereta-kerera Moden Toyota JDM yang menggunakan logo khusus pada jeriji hadapan, Corolla Sport menggunakan logo ‘C’ sebagai motif utama.
Pelanggan boleh memilih lapan opsyen warna termasuk warna baru Oxide Bronze Metallic.
Bahagian kabin didatangkan dengan set kerusi bucket baru yang dipertingkatkan rekaan konturnya untuk memastikan pemandu kekal di posisi pada apa juga situasi pemanduan. Bahagian konsol tengah dilengkapi sistem infotainmen dengan skrin 7 inci.
Jualan model ini akan bermula pada Julai nanti dan harganya bermula 2,419,200 yen (RM88,800)
Murah kan? tapi kat Jepun lah.
GALERI