Buletin

FORD FOCUS – BERMULA RM118,888!

Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini secara rasmi melancarkan Focus baharu ke pasaran Malaysia.

Ford-Focus-2016-mekanika (41)“Focus baharu telah mengalami evolusi pada hampir semua segi – reka bentuk, teknologi pintar, dinamik pemanduan, rangkaian kuasa dan kehalusan buatannya. Kami yakin semua ini akan menguatkan lagi tarikannya kepada pelanggan di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Disifatkan sebagai model kompak yang paling berkuasa dalam kelasnya, Focus dijana oleh enjin petrol EcoBoost 1.5 liter berkuasa 180PS dan tork 240Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan SelectShift yang baru, moden, ringan dan efisien.

Ford-EcoBoost-1.5-mekanika

Enjin itu menggunakan teknologi pengecas turbo, pancitan bahan api terus bertekanan tinggi dan pemasaan injap boleh ubah bebas berkembar (Twin-independent Variable Cam Timing) demi menawarkan prestasi yang optimum.

Sistem Electric Power Assisted Steering (EPAS) yang lebih tepat nyata meningkatkan pengalaman pemanduan. Ia juga mengurangkan rasa redaman yang tidak perlu dan menawarkan maklum balas terbaik kepada pemandu.

Ford-Focus-2016-mekanika (5)

“Focus baharu menggabungkan teknologi pintar dan keselamatan bersama prestasi serta penjimatan bahan api enjin EcoBoost 1.5 liter yang tiada tandingannya. Ia pasti daoat menawarkan pengalaman pemanduan yang cukup mengujakan,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Bukan sahaja berkuasa, Focus dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dan teknologi bantuan pemandu seperti Enhanced Transitional Stability. Ia juga menjadi satu-satunya model kompak yang menampilkan sistem Active Park Assist yang telah dipertingkatkan dan Blind Spot Information System (BLIS) dengan  Cross Traffic Alert.

Ford-Focus-2016-mekanika (9)

Focus membantu pemandu supaya kekal peka dengan persekitaran mereka melalui ciri Blind Spot Information System (BLIS). Menggunakan teknologi radar, BLIS memberi amaran kepada pemandu apabila pengguna jalan raya yang lain berada di dalam titik buta dengan menyalakan lampu LED pada cermin sisi.

Berita baik untuk mereka yang kurang mahir memarkir kereta. Focus kini hadir bersama sistem parkir bebas tangan pintar dikenali sebagai Enhanced Active Park Assist. Sistem itu dibina berasaskan kepada Parallel Park Assist dengan tambahan ciri Perpendicular Park Assist.

Ford-Focus-2016-mekanika (13)

Sebaik sahaja diaktifkan, sistem itu akan mengimbas ruang parkir di antara kereta-kereta lain. Selepas ruang parkir dikenal pasti, sistem akan mengambil alih stereng dan membawa kenderaan masuk ke ruang tersebut. Pemandu hanya perlu mengawal gear, brek dan pendikit minyak.

Menjengah ke ruang kabin, rekaan papan pemukanya kini lebih kemas, kurang butang dan lebih intuitif. Lebih menarik lagi, Focus dipasang dengan sistem ketersambungan di dalam kereta SYNC™ 2 generasi terkini Ford. Ia terdiri daripada skrin sentuh warna bersaiz lapan inci yang boleh mengoperasikan telefon, sistem hiburan dan kawalan suhu dengan menggunakan arahan suara yang mudah.

 

Ford-Focus-2016-mekanika (1)

Harga Focus di atas jalan tidak termasuk insurans ialah:

  • Focus Trend (5 pintu): RM118,888 di Semenanjung Malaysia / RM123,388 di Malaysia Timur
  • Focus Titanium+ (4 pintu) dan Sport+ (5 pintu): RM139,888 di Semenanjung Malaysia / RM144,588 di Malaysia Timur

Ford-Focus-2016-mekanika (11)

Sebagai penghargaan kepada pelanggan setia Ford, semua pemilik kenderaan Ford kini boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM3,000 apabila mereka membeli Ford Focus baharu mulai sekarang hingga 30 April 2016. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.ford.com.my.

Google ads
Back to top button