Buletin

HONDA BAKAL LANCAR 2 MODEL BAHARU  

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan dua model CKD baharu yang dilengkapi pelbagai ciri termaju. 

Honda-media-gathering-2016-mekanika (4)Sedia maklum bahawa model yang bakal diperkenalkan itu pastinya Honda Civic dan Honda Accord. Pengenalan dua model itu dilihat membantu menyokong sasaran jualan yang agresif Honda Malaysia iaitu 90,000 unit pada tahun 2016.

Sasaran itu dibuat berikutan prestasi memberansangkan pada tahun 2015. Biarpun TIV dijangka menyusut di antara 4% hingga 5% atau sebanyak 630,000 hingga 640,000 unit pada tahun ini. 

Honda-media-gathering-2016-mekanika (1)

“2015 adalah tahun yang mencabar buat industri automotif Malaysia kerana kita berdepan dengan kelembapan ekonomi berikutan penyusutan nilai Ringgit, pelaksanaan GST dan kejatuhan harga minyak.

“TIV di Malaysia mencatat 666,674 unit, hampir tidak berganjak berbanding tahun sebelumnya. Namun di sebalik keadaan pasaran yang sukar dan kompetitif, Honda masih mampu memperoleh pencapaian yang baik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Honda-media-gathering-2016-mekanika (2)

Buat pertama kalinya, Honda berjaya menjadi No. 1 dalam Segmen Kenderaan Bukan Nasional dengan rekod jualan 94,902 unit. Ia merupakan pertumbuhan Tahun ke Tahun sebanyak 22% dengan menguasai 14.2% perkongsian pasaran.

Pada Disember 2015, jualan Honda Malaysia mencecah rekod bulanan tertinggi dengan 10,741 unit, pertama kali mencapai jualan lima angka.

Honda-Malaysia-sales-target-2016-mekanika (1)

Honda Malaysia melancarkan dua model SUV pada tahun 2015. Honda CR-V serta HR-V nyata mendapat sambutan hangat daripada pengguna di Malaysia dan Honda  kini menerajui segmen SUV.

Permintaan pasaran terhadap City dan Jazz juga kukuh, sekali gus  menyumbang kira-kira 58% kepada jualan keseluruhan. Buat masa sekarang, kedua-dua model ini menerajui segmen masing-masing.

Honda-City-Dark-Ruby-Red-Pearl-mekanika (2)

Honda juga berjaya menembusi pasaran Malaysia Timur yang menyumbang pertumbuhan jualan paling tinggi iaitu 36% pada tahun 2015.

Honda Malaysia akan menambah jumlah pengedaran serta Pusat Badan dan Cat demi memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara.  Kami mensasarkan untuk menambah kepada 95 pengedar dan 20 pusat BP, berbanding 87 dan 14 pusat BP pada masa sekarang.

Honda-Malaysia-sales-target-2016-mekanika (4)

“Kami juga akan memperkenalkan pengedar satelit 2S untuk menjangkau para pelanggan di kawasan pinggir bandar. Kami ingin menawarkan perkhidmatan selepas jualan profesional kepada semua pelanggan, tidak kira di mana mereka berada,” kata Ueno.

Google ads
Back to top button