Buletin

FORD GT GUNA CERMIN GORILLA GLASS

Ford GT bakal menggunakan cermin Corning® Gorilla® Glass© buat kali pertamanya. Cermin yang tahan lasak dan tahan calar itu adalah 30 peratus lebih ringan berbanding kaca tradisional.  

Dibangunkan oleh Ford dan Corning, cermin hibrid Gorilla Glass akan digunakan sebagai cermin utama dan penutup enjin belakang Ford GT. Ia didakwa dapat menyumbang kepada aspek pengendalian, menambah baik penjimatan bahan api dan mengurangkan risiko kaca daripada pecah.

“Gorilla Glass hibrid merupakan salah satu contoh terbaik bagaimana Ford bekerjasama dengan para pembekal untuk menghasilkan inovasi ke atas semua bidang perniagaan kami,” kata Naib Presiden Pembelian Global Kumpulan Ford, Hau Thai-Tang.

All-New Ford GT

Corning bertanggungjawab memperkenalkan Gorilla Glass yang ringan dan tahan lasak ke pasaran elektronik pada tahun 2007. Teruja untuk terus meneroka potensi aplikasi automotiif, Ford meminta Corning membantunya dalam aspek penyelidikan serta membangunkan satu formulasi unik untuk cermin kenderaan.

Dalam tempoh empat bulan, mereka berjaya mendapatkan kelulusan untuk program tersebut.

All-New Ford GT

“Kami bekerjasama dengan Ford untuk membangunkan kaca yang mampu bertahan dalam ujian ketahanan selama beribu-ribu jam. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan teknologi hebat ini ke pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Corning Incorporated, Wendell Weeks.

All-New Ford GT

Gorilla Glass Hibrid

Cermin utama tradisional yang dilaminasi terdiri daripada dua lapisan kaca sepuh lindap yang dilekatkan pada antara lapisan termoplastik yang jernih. Mula diperkenalkan di Amerika oleh Henry Ford, teknologi ini telah digunakan dalam industri automotif selama hampir satu abad.

Kaca hibrid baharu ini menggunakan pendekatan multi lapisan – panel tetingkap gred automotif yang diperkukuhkan bertindak sebagai satu lapisan dalaman yang kuat.

Ford-GT-Corning-Gorilla-Glass-mekanika (5)

Satu lapisan termoplastik termaju yang menyerap bunyi diletakkan di tengah-tengah. Manakala kaca sepuh lindap bertindak sebagai lapisan di bahagian luar.

 

Laminasi kaca Gorilla Glass hibrid ini dianggarkan 25 hingga 50 peratus lebih nipis. Ia juga dikatakan mempunyai kekuatan yang sama atau lebih bagus berbanding laminasi tradisional.

All-New Ford GT

Ketebalan kaca laminasi tradisional bermula daripada empat hingga enam millimeter. Sedangkan ketebalan laminasi kaca Gorilla Glass hibrid bermula dari tiga hingga empat millimeter sahaja.

Kaca ini juga lebih tahan lasak berikutan penggunaan proses pengurangan pencemaran, pengukuhan bahan kimia, rawatan bahagian bucu dan binaan laminasi yang unik.

Google ads
Back to top button