Buletin

Ford Kuga Dijangka Tiba Suku Kedua Tahun Ini

Ford Kuga serba baru terima penarafan keselamatan lima bintang Euro NCAP, sedia tembusi pasaran Malaysia

Bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki sebuah SUV kompak, mungkin anda perlu menunggu buah tangan terbaharu daripada Ford. Ini kerana pengedar kenderaan jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion  dilapor bakal memperkenalkan model paling ditunggu-tunggu iaitu Ford Kuga ke pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini.

Sedia maklum bahawa Kuga menjanjikan teknologi pintar Ford, penjimatan bahan api sebanyak 25 peratus berbanding pesaingnya, sistem keselamatan terkini dan keselesaan yang mengagumkan. 

Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-3

Dibina dengan tahap keselamatan luar biasa, Ford Kuga juga telah menerima penarafan maksimum lima bintang oleh Euro NCAP pada bulan lalu selepas mencapai markah perlindungan keseluruhan sebanyak 88 peratus. Ia merupakan markah tertinggi yang pernah diperoleh SUV saiz sederhana.

Justeru, Kuga dilihat sebagai strategi terbaik Ford untuk bersaing dalam pasaran SUV kompak tempatan yang begitu sengit.

“Ford Kuga bakal menjadi satu lagi kenderaan menarik dalam rangkaian kenderaan kami di Malaysia. Selain mengekalkan karisma Kuga, Ford juga telah menambah baik kenderaannya untuk aplikasi teknologi termaju, menawarkan lebih ruang, sentuhan berkualiti dan keupayaan lebih tinggi,” kata Pengurus Serantau Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford, David Westerman.

Harus tahu bahawa Kuga merupakan SUV kompak pertama keluaran Ford. Selama ini, Ford hanya mengeluarkan SUV bersaiz besar untuk pasaran-pasaran penting baginya  seperti Amerika Syarikat dan Eropah. 

Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-4

Selaku sebuah model global, jurutera Ford berdepan cabaran untuk menghasilkan Kuga yang harus kena dengan citarasa semua pasaran. Hasilnya, terimalah Kuga yang sarat dengan teknologi terbaik Ford. Kuga juga tampil menawan menerusi bahasa rekaan Kinetic Design.

Memang betul, pengguna tempatan masih selesa untuk memilih model pengeluar dari Jepun berbanding Ford. Namun, harus ingat bahawa peminat Ford sudah makin bertambah. Terima kasih kepada model kompak Fiesta yang cukup berjaya di pasaran tempatan.

Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-5

Apatah lagi, Malaysia kini dilihat sebagai pasaran penting buat Ford. Jika Kuga ditawarkan pada harga berpatutan, ditambah dengan ciri yang mendahului kelasnya, tidak mustahil ia boleh menjadi SUV kompak alternatif popular buat pengguna tempatan.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-6Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-7Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-8Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-9Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-10Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-11Ford-Kuga-Dijangka-Tiba-Suku-Kedua-Tahun-Ini-12

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button