Buletin

Ford Umum Pemenang Cabaran Ford Focus

Pegawai bank, Leong Keng Wai muncul sebagai pemenang Hadiah Utama dan memandu  pulang Focus Titanium serba baru, bernilai RM111,000

Pada hujung minggu lalu, Ford mengadakan pusingan akhir  promosi Cabaran Ford Focus Serba Baru – Beli Satu, Menang Satu untuk menobatkan pemenang hadiah utama yang mempunyai nilai-nilai setanding dengan Ford Focus serba baru iaitu pintar, bijak dan bersemangat.

Akhirnya, Focus Titanium+ serba baru bernilai RM111,000 itu milik Leong Keng Wai, seorang pegawai bank selepas berjaya menewaskan 19 peserta lain.

Pensyarah kejuruteraan perindustrian dari Universiti Teknologi Malaysia, Halim Shah Hamzah pula dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua. Dia memenangi percutian selama sepuluh hari, tujuh malam ke Sepanyol.

Hadiah tempat ketiga milik Mohd Faiz Md Fathil, eksekutif sumber manusia di Petronas, yang memenangi percutian lapan hari, lima malam untuk dua orang ke Australia.

Ford juga menghadiahkan sebuah telefon pintar Nokia Lumia 820 kepada setiap peserta yang menduduki tempat keempat hingga sepuluh. Baki peserta peringkat akhir menerima baucar beli-belah AEON Jusco bernilai RM800 sebagai hadiah sagu hati.

Cabaran Ford Focus Serba Baru – Beli Satu, Menang Satu adalah cara Ford memberi keseonokan kepada para pelanggan sambil membuktikan kepintaran dan kehebatan teknologi Ford Focus serba baru,” kata Pengurus Serantau Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford, David Westerman.

Diadakan di Square, Publika, cabaran pusingan akhir yang menguji keupayaan fizikal dan intelektual itu bermula dengan mini hunt (mencari harta karun) bagi mentafsir petunjuk berkaitan pelbagai pusat membeli-belah berhampiran.

Kemudian, seramai sepuluh peserta teratas meneruskan perjuangan ke pusingan kedua. Cabarannya termasuklah Sudoku, susun suai gambar bertemakan Ford Focus dan menempuh laluan berhalangan sambil menunggang basikal tandem untuk dua orang.

Selepas tamat dua pusingan pertama yang mendebarkan itu, tiga pasukan terbaik berdepan pula dengan cabaran terakhir berupa teka silang kata berdasarkan ciri-ciri pintar dan keselamatan yang ada pada Ford Focus serba baru.

“Bukan mudah untuk memenangi hadiah ini. Ia sangat mencabar. Pujian harus diberikan kepada pihak Ford kerana menganjurkan peraduan sebegini,” kata Leong Keng Wai yang mahu menghadiahkan Focus Titanium itu kepada isterinya sebagai satu kejutan.

Maklumat lanjut dan pandu uji Ford Focus serba baru, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Ford di talian: 1-800-88-3181

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button