Buletin

FORD MUSTANG BULLITT 2019 – IMBAS NOSTALGIA FILEM POPULAR STEVE MCQUEEN   

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 filem ikonik Bullitt, Ford memperkenalkan Mustang Bullitt 2019.   

Jentera itu diperkenalkan sendiri oleh generasi ketiga bintang filem Steve McQueen, Molly dalam satu filem pendek yang menyaksikan dia berlumba dengan sebuah Dodge Charger untuk mendapatkan ruang parkir.

Sebagai sebuah model edisi khas, Mustang Bullitt dipasang dengan enjin V8 bersesaran 5.0 liter. Mampu menjana kuasa 475hp dan tork 569Nm dan lebih laju berbanding versi terkini Mustang GT, enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Mustang Bullitt menggunakan sistem ekzos berprestasi tinggi dengan hujung ekzos Black NitroPlate sebagai ciri standard. Tidak ketinggalan, Open Air Induction System dan intake manifold Shelby GT350 juga dipasang untuk memberikan prestasi optimum.

Bahagian luarannya dihadkan kepada warna hitam (Shadow Black) dan hijau tua (Dark Highland Green) sahaja, sama seperti dalam filem tersebut.

Selain pilihan warna, pembeli Mustang Bullitt boleh memilih di antara tiga pilihan pemasangan:

• Pakej Elektronik Bullitt Electronics Package – merangkumi navigasi, sistem bunyi yang dinaik taraf, tenpat duduk memori dan Blind Spot Information System dengan Cross-Traffic Alert

• Sistem suspensi semi-aktif MagneRide® yang memaksimumkan prestasi pemanduan

• Tempat duduk RECARO kulit berwarna hitam

Peralatan standard yang lain ialah pemanas pada stereng, kluster instrumen LCD digital sepenuhnya bersaiz 12 inci dan banyak lagi. 

Google ads
Back to top button