Buletin

ISUZU SERAH TRAK KE-100 KEPADA MIGHTY BAKERY

Isuzu Malaysia melabuhkan tirai tahun 2017 dengan positif apabila menyerahkan unit yang ke-100 kepada Mighty Bakery Sdn Bhd, sebuah syarikat pengilang roti dan konfeksi di bawah jenama terkenal Mighty White.

Penyerahan itu dilakukan oleh Jumbo Arena Sdn Bhd, salah sebuah pengedar sah Isuzu di Batu Pahat, Johor.

Sebagai pengilang produk makanan yang sedia dimakan, Mighty Bakery meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Isuzu untuk memastikan penghantaran produk ke rangkaian peruncit di seluruh negara menepati masa yang telah ditetapkan.

Jalinan perniagaan ini terjalin sejak tahun 2012. Kini, rangkaian pengangkutan Mighty Bakery mencecah 100 unit trak Isuzu.

Sesi penyerahan itu melibatkan trak Isuzu N-Series 4-wheeler (NKR55UEEH-E) dengan sebanyak 16 unit telah didaftarkan pada tahun 2017. Ia bakal menggantikan trak-trak lama yang masih digunakan oleh semasa syarikat tersebut.

Trak Isuzu sememangnya menjadi pilihan utama untuk logistik kerana kualiti yang tiada tandingan. Ia juga menawarkan penjimatan bahan api dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Google ads
Back to top button