Artikel PilihanBuletin

FORD MUSTANG “ELEANOR” ASLI DILELONG. BERAPA HARGANYA?

Bagi peminat filem aksi kereta, Gone in 60 seconds adalah salah satu filem yang pasti ada dalam senarai tontonan. Filem ini menjadi penanda aras aksi kereta lama sebelum hadirnya sikuen Fast and Furious.

Produksi asal filem ini ialah rakaman yang dibuat pada 1974 menerusi filem awal Gone in 60 seconds yang menampilkan Ford Mustang Mach 1 yang juga merupakan filem aksi kejar mengejar kereta terpanjang dalam sejarah.

Kereta yang digelar “Eleanor” itu kemudiannya muncul semula pada tahun 2000 dengan lakonan Nicholas Cage dan Angelina Jolie yang menampilkan ikon baru, Ford Shelby GT500. Kini, kereta tersebut telah disenaraikan untuk dilelong.

Sumber komuniti filem memberitahu sebanyak 12 unit “Eleanor telah dibina sewaktu penggambaran filem tersebut. Lima telah musnah sewaktu penggambaran dan ini salah satu dari yang masih ada. Ia datang bersama sijil ketulinan dari Cinema Vehicle Services.

Kereta kustom ini dibina berdasarkan Ford Mustang Fastback tahun 1967 yang boleh dikenali menerusi splitter hadapan, arch fender yang lebar, spoiler belakang dan sepasang lampu spotlight besar pada gril hadapan. Ia didatangkan dengan rim 17 inci dan brek enam pot bersama sistem suspensi bolehlaras di bahagian hadapan.

Di bawah bonet depan ialah enjin 5.7 liter Ford Racing dan walaupun dalam filem Nicholas Cage memetik suis NOS, kereta ini tidak ada sistem nitrous Oxide tersebut.

Kereta ini akan dilelong oleh Scottsdale pada hari ini namun tiada tanda harga yang dianggarkan untuknya.

10 tahun yang lalu, kereta yang sama telah dilelong oleh Barrett Jackson pada harga akhir USD216,700 (RM891K)

Pada 2013, kereta utama dalam filem tersebut berjaya dilelong pada harga USD1 juta (RM4.1 Juta) di lelongan Mecums Indianapolis

Google ads
Back to top button