Buletin

LAMBAKAN STOK EV DI PENGEDAR, FORD MULA PENING KEPALA

Ada segelintir pengedar Ford di Amerika Syarikat mula pening kepala apabila berlaku lambakan stok kenderaan elektrik di dalam inventori mereka.

Menurut salah sebuah pengedar yang bercakap kepada Insider, “saya fikir Ford kini mempunyai masalah besar, berdasarkan pertaruhan yang mereka buat.

Jelas pengedar itu lagi, lambakan stok Ford F-150 Lightning dan Mustang Mach-e tidak pernah berlaku sebelum ini.

Terdapat pengedar lain yang mula menolak peruntukan stok baharu bagi EV Ford disebabkan tidak mahu terlalu banyak EV berlambak di dalam inventori mereka.

Selain itu, sebuah lagi pengedar menjelaskan masa penghantaran yang terlalu lama turut menjejaskan penjualan mereka.

Ada pembeli F-150 Lightning yang meletakkan beberapa tempahan untuk model yang berbeza, dan mereka hanya membeli model mana yang tersedia terlebih dahulu.

Sementara itu, angka jualan memberikan isyarat yang berbeza terhadap trajektori EV Ford.

Sepanjang separuh tahun pertama 2023, Ford telah menjual sebanyak hampir 23,000 unit BEV, atau peningkatan sebanyak 12 peratus.

Tatkala jualan F-150 Lightning meningkat sebanyak 281 peratus, angka jualan bagi Mustang Mach-e dan E-Transit masing-masing menurun sebanyak 21 peratus dan 3 peratus. – InsideEVs

Google ads
Back to top button