
SMART MALAYSIA LANCAR HELLO SMART APP – MUDAH AKSES, MESRA PENGGUNA
Smart Malaysia hari ini melancarkan aplikasi Hello smart app bagi memberikan pengalaman premium kepada pelanggan smart.
Menurut smart Malaysia, versi pertama Hello smart app menjanjikan pengalaman mesra pengguna dengan susunan empat tab iaitu Discover, Vehicle, e-Mall dan Profile.
Bukan itu sahaja, Hello smart App turut menawarkan empat ciri pertama di Malaysia seperti Peta Pengecasan Atas Talian, Permohonan Tempahan dan Pinjaman Pembiayaan, One-Stop Service Home Charging Solution serta Halaman Komuniti.

Secara ringkasnya, setiap ciri tersebut membolehkan pengguna menganggarkan bayaran bulanan, memohon pinjaman bank, menempah perkhidmatan dan mengakses maklumat kenderaan masa nyata.
Selain itu, pengguna juga boleh mengakses dengan mudah untuk mengawal penghawa dingin, pintu, tingkap, dan menjadualkan masa pengecasan.

Informasi lain yang boleh didapatkan daripada aplikasi ini termasuklah lokasi pengecasan awam, memulakan proses pengecasan, dan membuat pembayaran.
Dalam pada itu, smart Malaysia bakal menyediakan lebih banyak fungsi dalam masa terdekat sekaligus memberikan lebih banyak kegunaan dan keselesaan kepada pengguna.
Hello smart App kini boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery.
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hello smart App, sila layari laman web smart Malaysia di https://my.smart.com/#/connectivity.