Buletin

FORD RANGER 2018 – ENJIN BI-TURBO, 10-KELAJUAN AUTOMATIK

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini mendedahkan lebih banyak perincian mengenai barisan model Ford Ranger baharu.

Pelancaran pada hujung bulan ini akan melibatkan model Ranger Wildtrak, XL dan XLT. SDAC juga akan memperkenalkan varian lebih berpresatasi buat pertama kalinya, Ranger Raptor. Raptor dijangka diperkenalkan pada acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018, November depan.

Ford Ranger akan menampilkan pelbagai naik taraf, termasuklah enjin diesel generasi baru 2.0L Bi-turbo yang pertama dan terbaik dalam kelasnya.

Dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan, enjin itu dipasang pada model Ranger Raptor dan Wildtrak. Transmisi automatik 10-kelajuan itu juga digunakan pada varian Ranger Raptor, Wildtrak dan XLT+.

Semua penambahbaikan ini bermakna Ranger baharu akan memiliki enjin paling kecil dan berkuasa dalam pasaran trak pikap, bersama prestasi serta penjimatan bahan api yang luar biasa. 

Berpegang kepada inspirasinya sebagai sebuah pikap untuk apa jua gaya hidup, Ranger dilengkapi dengan lebih banyak teknologi pintar dan bantuan pemandu yang inovatif.

Menjanjikan ciri-ciri yang terbaik dalam kelasnya, Parkir Selari Separa Automatik yang memastikan urusan parkir menjadi lebih mudah di laluan yang sempit di bandar.

Manakala sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan & Pejalan Kaki berfungsi mengesan pejalan kaki dan kenderaan sebelum memberi amaran kepada pemandu melalui isyarat bunyi. Jika pemandu gagal untuk memberi tindak balas, ia akan menekan brek secara automatik dan berhenti sepenuhnya.

Mengangkut dan mengeluarkan barang-barang kerja, atau bagasi percutian dan basikal akan menjadi lebih mudah melalui ciri Pengangkat Pintu But, terulung dalam kelasnya – ia melibatkan satu bar kilasan untuk membuatkan urusan mengangkat dan menurunkan pintu belakang menjadi lebih mudah. 

Antara ciri lain yang terdapat pada Ranger ialah Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran & Bantuan Perubahan Laluan, dan Kawalan Jelajah Mudah Suai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ford atau ingin menyatakan minat anda menerima kemas kini mengenai Ford Ranger, sila layari laman web multi-bahasa SDAC (www.sdacford.com.my).

Ia turut menampilkan chatbot dalam tiga Bahasa – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina untuk memberi pengalaman lebih baik kepada pelanggan.   

Google ads
Back to top button