Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA CATAT LONJAKAN JUALAN 66% UNTUK 1H 2018

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mencatat jualan memberangsangkan sebanyak 4,788 unit untuk separuh pertama 2018 (April – September 2018). 

Ini merupakan rekod terbaik untuk MMM apabila jualannya meningkat 66 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Prestasi positif itu banyak disumbang oleh lonjakan jualan model Triton dan Outlander.

“Tahun lalu, kami menyusun kembali varian trak pikap Triton dan menawarkannya pada harga lebih mampu milik demi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

“Keputusan jualan yang positif juga didorong oleh tempoh tanpa cukai mulai Jun hingga Ogos 2018,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Triton kekal menjadi satu-satunya trak pikap yang menawarkan jaminan selama lima tahun dan perbatuan sehingga 200,000km.

Dalam perkembangan berkaitan, prestasi jualan Outlander yang menggalakkan disumbang oleh pengenalan model pemasangan tempatan pada September 2017. 

Tags
Google ads
Back to top button