FORD GT90 – SALAH SATU TANDA KEHEBATAN DEKAD 90AN
Ford GT90 adalah satu satu hasil ciptaan paling hebat Ford dan diperkenalkan kepada umum di Detroit Auto Show 1995. Inilah raja kereta konsep pada pameran tersebut. Bayangkan sebuah model Ford dengan enjin V12 yang mampu mencatat kelajuan maksima melebihi 400 kmj!
Ia bukannya sebuah model konsep biasa-biasa kerana ia berfungsi sepenuhnya menggunakan enjin V12 5.9 liter dengan empat unit pengecas turbo! Kuasa maksimanya ialah sekitar 720 hp dengan tork maksima 895 Nm.
Menurut Ford hanya dengan menaikkan sedikit tekanan turbo akan menaikkan terus angka kuasa kepada lebih 900 hp. Memang cukup hebat pada dekad 90.
Sayang sejuta kali sayang kereta gagal memasuki peringkat produksi. Mungkin juga ia muncul pada masa yang salah. Namun ia sebenarnya bertanggungjawab membuka laluan kepada penghasilan versi baharu Ford GT 2004.
Hanya satu unit dihasilkan dan kini dipamerkan di Hajek Motorsport Museum, Oklahoma. Kalau pergi ke sana baik melawat sekali sebab kereta ni memang rare lagi futuristik.
Kredit Exotic Investments dah zachbrehl untuk gambar.