Buletin

FORD RANGER TAWAN BORNEO SAFARI

Ford di Malaysia baru-baru ini meletakkan Ranger XLT 3.2L yang baru dilancarkannya ke dalam satu ujian sebenar – Pengembaraan Off-Road Antarabangsa Tahunan Borneo Safari kali ke-23 yang melibatkan perjalanan sejauh 1,000km merentasi Sabah. 

Ford Ranger_Borneo Safari_4

Seperti dijangka, Ford Ranger menamatkan perjalanan sukar itu tanpa mengalami sebarang masalah mekanikal atau struktur. Sekali gus membuktikan reputasinya sebagai “Built  Ford Tough”.

Sabah sememangnya destinasi idaman untuk para peminat kenderaan pacuan empat roda. Laluannya dipenuhi halangan. Para peserta Borneo Safari terpaksa menempuh hutan tebal, lumpur, hujan lebat, pacat dan banyak lagi.

Ford Ranger_Borneo Safari_1 (1)

Di sebalik semua cabaran itu, para peserta pulang dengan perasaan puas. Mereka bercerita tentang pemandangan mengagumkan, keramahan penduduk setempat serta keakraban yang dijalin sewaktu menempuh banyak cabaran dan halangan.

Penyertaan kali ini mencatat rekod apabila 255 peserta mengambil bahagian. Ford Ranger XLT 3.2L yang digelar oleh para pesaing lain sebagai The Lone Ranger  merupakan satu-satunya kenderaan standard yang mengambil bahagian dalam ekspedisi selama lapan hari tujuh malam itu.

11060540006_a15786b87b_c

Ia tidak dilengkapi dengan alat penarik (winch) atau snorkel. Hanya satu set tayar untuk laluan mencabar sebagaimana yang ditetapkan oleh penganjur acara, Sabah Four-Wheel-Drive Association.

Trak pikap ini menggunakan enjin Duratorq lima silinder bersesaran3.2L bersama  ECU asal, kotak gear manual enam kelajuan, pegas gegelung, penyerap hentak serta satu set tayar 33” Silverstone MT-117 Extreme.

11059855424_e964072118_b

Ranger ini telah dinaikkan setinggi kira-kira 30mm dan menggunakan suspensi belakang standard. Para peserta lain memandu kenderaan 4×4 yang sudah membuat ubah suai sepenuhnya, menggunakan tayar sehingga 37”, tubuh kenderaan dinaikkan sebanyak 100mm, meningkatkan sistem suspensi,  pegas gegelung  dan peredam. Di samping menaik taraf gandar dan sistem differential locks.

Hujan lebat yang turun selama tiga hari menyebabkan laluan berlumpur sejauh beberapa kilometer. Laluan mendaki dan menuruni bukit yang curam menyebabkan ramai tidak mempunyai pilihan lain terpaksa menggunakan winch untuk menarik kenderaan.

slider dlm

Para peserta konvoi melalui pelbagai halangan di mana kenderaan mereka terpaksa membuat beberapa percubaan untuk melepasi laluan. Tetapi Ranger yang memiliki kuasa tork yang tinggi pada pusingan enjin rendah mampu menempuh halangan tersebut tanpa banyak masalah.

Penjimatan bahan api bukanlah satu keutamaan dalam Borneo Safari, tetapi Ranger tetap menyerlah dalam aspek tersebut. Di atas jalan raya, ia mampu bergerak sejauh 800km tanpa perlu mengisi semula bahan api. Sedangkan kenderaan yang dikuasakan oleh enjin petrol terpaksa mencari stesen minyak pada setiap 350km. 

11046159173_0e7dbfe25c_b

Maklumat lanjut mengenai Ford Ranger XLT serba baharu, sila layari laman web: ford.net.my. Pastikan juga anda mendapat malumat terkini mengenai Ford di Malaysia menerusi laman Facebook di facebook.com/Ford-Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button